Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
mama han
Rutin dalam kereta
Selesa bila nak jalan memana tak risau perut rasa goyang, terhentak². Masa anak first pon pakai gini. Pakai seatbelt pon tak senak. Naseb jumpa bantal clip ni kat kaison 2 taun lepas. 🥰
Ada masalah sesak nafas? pedih ulu hati? sembelit?
Normal ibu2 akan rasa masalah ni. Tambah kalau baby makin besar. Organ kita akan terhimpit. Sabar ye & enjoy your pregnancy mommies. Love, mama han ❤
tips TTC.
Pantang larang kalau nak mengandung. ? . 1. Jangan stress 2. Elakan dari makan atau minum sumber berasaskan soya. 3. Jangan makan betik, kerana betik mengandungi enzim yang bleh melembutkan daging. (mungkin menyumbang pada keguguran) . . . Kalau sesiapa yang mengalami cycst... cubalah mengamalkan pemakanan yang sihat: 1. Jangan makan daging merah ( kambing, lembu dll ) 2. Jangan minum minuman berkaffien. 3. Jangan makan makanan yg berlemak dan juga produk tenusu. . . . Amalkan memakan brokoli kerana brokoli bagus untuk mengelakkan cycst merebak dengan cepat kerana ia adalah anti kanser yang paling baik. . . . Petua Umum 1. Curi lampin baby (tak kira ler anak sedara ker..anak jiran ker) 2. Curi botol susu baby. 3. Curi-curi minum air bekal orang yang pregnant. . * ni dah kes mencuri la pulakkkkk..... kalau korang try pastu mengandung jangan lupe mintak HALALkan hahahahah! ?? P/s: Act, i memang buat petua umum tu. i curi2 mitten anak buah i. Tak lama lepas tu, Alhamdulillah, Allah makbulkan. Dah konfirmkan & scan semua, terus i bagitau & mintak maaf kat abang & kakak i yang i ambik mitten anak dorang. Naseb tak marah. Hehe
tips pemakanan yang baik untuk TTC
Senarai pemakanan: *Tebalkan dinding rahim* 1. avocado 2. Vit D *Cantikkan telur* 1. CoQ10 100-150mg 2. Vitamin C 500mg 3. Vitamin D 800 IU 4. Multivitamin 5. Folic Acid 6.Putih telur 7.Jagung *cantikan quality sperm* 1) telur burung puyuh 2)sayur bendi 3)multivitamin 4) taugeh 5) kcg hijau *Makanan yang tak boleh* 1.SOYA 2.Susu (mknn cyst) 3. Dairy products eg: chocolate 4. Caffeine
tips lagi ❤
Bila dah start pregnant, jangan harap la boleh tido lena macam sebelum ni. Time tu Allah nak uji kita macam mana sabarnya kita, kuatnya mental & fizikal sebelum hadap anak depan mata. Nanti anak dah keluar, lagi la tak dapat tido langsung or tido pon acah2 je. Tabah la ye mommies. Nak yang best, kena hadap tak best dulu. Setiap nikmat yang Allah nak bagi, bukan dapat free je. Dia akan uji kita dulu, macam mana sabarnya kita, bersyukurnya kita bakal dapat nikmat yang tak semua bertuah. Mintak suami kat sebelah tu urutkan belakang badan dengan minyak yuyi, bukak surah ruqyah slow2, baca ayat kursi, 3 qul supaya tak mimpi bukan2. Letak bantal kiri kanan bawah atas bagi selesa. Sabarlah ye, mengiring je mampu bila preggy ni. Tak lama pon 9m je. Nanti dah habis pantang tido la kuak lentang ke, kupu2 ke, tido terbalik ke, semua boleh. Oh, selalu la doakan kandungan tu, usap2 perut sambil cakap dengan dia, 'nanti baby keluar jangan banyak meragam ye, jangan banyak menangis ye, bagi ibu senang jaga baby', mintak ni dekat Allah jugak banyak2. InshaAllah, senang hidup mommies nanti. Bagi baby dengar sifir ke, sains ke, surah2 ke. Letak headphone kat perut. Mesti dia suka. Dia dengar tau. So, cakap baik2, jangan emosi sangat. Nanti baby keluar ikut emosi macam mommies jugak, udah kita pon stress. Happy je, enjoy je ok. Semoga dipermudahkan masa pregnant ni, masa bersalin nanti, masa berpantang jugak. Oh, lagi tips! Kandungan dah 35w keatas nak senang bersalin, keraplah bersama suami. Air mani suami tu natural induce. Plus, dah berpantang suami kena tengok dari jauh je 100hari. Pishang woo. Semoga mommies dikurniakan jugak suami yang penyayang, baik, tolong time preggy, pantang nanti. Love no hate, Mama han ❤
nasihat aje. sekadar berkongsi.
Kenapa perlu peduli apa orang kata? Time preggy & berpantang ni la kita kena jaga emosi sendiri. Happy kan diri je, doa baik2 untuk baby, enjoy your pregnancy, mommies. Tak salah pon tak nampak baby bump kat orang. Janji kita tau baby sihat, aktif, cukup kaki tangan semua. Nanti dah tunjuk baby bump orang menyampah pulak. Cuma 1 nak pesan lagi, time preggy ni tak perlu la merungut. Allah dah kurniakan kita rezeki yang bukan semua ibu dapat merasa. Bersyukur banyak2. Ada sebab kita diuji alahan, sakit itu ini, tak cukup tido, senak semua. Bila takde, kita meminta. Bila dah bagi, merungut pulak. Doa baik2 untuk kandungan, semoga dipermudahkan bersalin & berpantang. Tak marah, nasihat aje. Sebab masa preggy saya pernah berada dalam situasi mommies semua & tersedar cepat. Love no hate. Love, mama han ❤
kenan
Masa preggy, hari2 tatap si comel ni. Baby han sampai kenan bulu mata tu. Jadi lah kan. Hehehe
♥️♥️♥️
Kami nikah (2017). Usaha & kecewa banyak kali la jugak, rupanya Allah nak suruh honeymoon dulu. Then alhamdulillah. Kalau tarikh harini (27/07) untuk tahun lepas (2018) saja2 cek upt sebab seminggu period tak datang. Alhamdulillah, Allah nak bagi hadiah birthday rupanya. Macam2 usaha/ikhtiar buat dengan suami. Macam2 emosi jugak kena hadap. Bila period jangan cakap la kecewa dia macam mana. Harini 27 julai 2019 (my birthday) baby han dah 4 bulan 11hari. Obses dengan my baby girl ni. Semalam suami & han nyanyi lagu birthday. Rasa dah lengkap keluarga kecil kami. Alhamdulillah. Pada yang masih ttc, jangan putus asa. Ingat, selagi kita masih ada rahim, inshaAllah, kita akan dikurniakan rezeki zuriat. Love, Mama A ?
Tips yang saya amal sepanjang TTC
1) check subur guna opk 2) kerap bersama suami waktu subur 4hari berturut2. Then, rehat sementara. 3) asid folic jangan skip. Share dengan suami sebijik sehari 4) susu kambing / susu biasa blend kurma setiap malam share dengan suami 5) tinggikan bahagian punggung dengan bantal tiap kali suami nak lepas dalam 6) lepas bersama jangan terus bangun, stay dlm keadaan punggung dibantal selama 1/2jam or terus tido. 7) jangan terus basuh 8) lepas bersama, mintak suami usap rahim sambil doa moga menjadi, inshaAllah. 9) sebelum bersama doa lah apa patut. Selepas juga. 10) amal surah maryam ayat 1-12, alwaqiah & doa nabi zakaria 11) inshaAllah, semoga ada rezeki untuk bakal ibu2 12) honeymoon 2 tahun pertama. 13) check subur kat klinik 5-6 bulan kawen. ♥️
Tips untuk ibu hamil
Assalamualaikum mommies. Kita nak suggest satu benda bila nak jalan2 naik kereta. Mesti rasa sakit pinggang, perut kan. Risau suami lalu bonggol. Drive laju. Tambah jalan jauh. Kita masa preggy mesti ada 3 bantal berbeza. 1 untuk lapik punggung. 1 untuk perut. 1 lagi untuk letak tepi pintu. Nak tambah untuk belah belakang pinggang pon okay jugak. Kita nak suggest bantal yang dekat perut. Beli kat kaison jenis klip ni. Boleh adjust jugak besar mana saiz perut tu. Pakai kat area bawah perut tu & dah boleh pakai seatbelt dah dengan selesa. Elok terletak je perut kat situ. Suami drive laju ke bonggol ke tak terasa pon perut tu. Selamat menikmati pregnancy mommies ♥️