Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mama bear of 1 sweet junior
Vaksin Pneumococcal
Hai mommies. Nak tanya, area tebrau/pasir gudang/johor bahru kat klinik mana yang harganya murah untuk vaksin pneumococcal?
SUPPLEMENT UNTUK CZER
Hai mommies yang bersalin czer. Ada tak yang ambil supplement vitamin c untuk bantu memulihkan luka czer? Nak makan buah oren selalu tak habis sebab masam.
Baby Wrap
Ada tak ibu-ibu yang guna baby wrap? Saya ada baby wrap Illimilli nak letgo murah-murah. Yang ni saiz M, warna hitam dan grey. Sesuai untuk ibu-ibu yang biasa pakai baju saiz M atau berat badan tak lebih 59kg. Baru, tak pernah pakai lagi. Pakai untuk test je. Pakai jalan2 tak pernah. Let go sebab salah saiz. Saya normally akan pakai baju saiz L dan XL. Bila pakai baby wrap ni, baby boleh je diwrap tapi dia kurang selesa. Berat baby 6 kg masa tu.
Baby Food
Mommies, boleh share tak apa basic equipments yang perlu sebagai persediaan untuk buat baby food. Baby baru 5 bulan. Nak prepare awal2 apa yang patut, jika perlu. *selain daripada pinggan, mangkuk, sudu*
Fully Formula Baby
Hai mommies yang fully formula anak umur 6 bulan ke bawah, saya nak tanya.... Baby mommies semua minum berapa oz dan berapa kerap (jam) mommies bagi anak susu?
Susu Sesuai Untuk Baby Cirit Birit
Hai all mommies. Anak saya usia 4 bulan lebih, minum formula Nan Pro dari awal. Tiba2 kembung perut dan cirit. Masuk hari ni dah 4 hari cirit. Jumpa doc pun dah. Makan ubat pun dah. Tapi masih cirit. Ada tak cadangan susu yang sesuai? Tq semua.
Suntikan KKIA
Ada tak nurse kkia kat sini atau mana-mana ibu yang tahu pasal ni.. Anak saya lahir 5.3.2019. Ambil vaksin pneumococcal pada usia 4 bulan iaitu 12.7.2019. Untuk temujanji usia 5 bulan nanti (ada injection vaksin kkia) ialah pada 15.8.2019. Soalan saya... 1. Berapakah tempoh gap yang perlu diambil untuk menjarakkan setiap satu-satu vaksin? 2 minggu? Sebulan? 2. Anak saya lahir 5.3.2019. Temujanji yang akan datang adalah pada 15.8.2019 (beza 10 hari dari usia sebenar). Takpe ke?
Jamu Phytonatal NR untuk CZER
Hai semua. Saya nak tanya, Soalan pertama, phytonatal nona roguy tu boleh makan tak untuk yang bersalin czer? Soalan kedua, anak saya dah umur 4 bulan. Boleh lagi ke makan phytonatal tu? Soalan ketiga, kalau period boleh makan tak phytonatal tu? Maaf, kurang arif bab jamu ni. Mohon respon ye. Tq.
Breastfeeding
Hai semua the asian parents. Saya nak tanya. Saya dah 2 bulan tak perah susu, anak fully fm. Puting inverted dan anak tak dapat nak latch dengan betul. Kadang-kadang rasa sedih sebab sayangnya susu badan ada tapi tak diberi pada anak. Sekarang susu saya dah mengering sebab bila picit puting, susu dah tak keluar. Soalan saya, Masih ada kah lagi peluang untuk saya pam susu sampai susu keluar?
Anak Dan Soother
Nak Minta Pendapat Parents Sekalian. Anak Saya Baru Berusia 2 Bulan. Tapi Belakangan Ni Anak Seolah-olah Terlalu Bergantung Dengan 'soother'. Anak Nak Tidur Mesti Nak Hisap Soother Dulu Baru Pejam Mata. Kalau tak, anak akan meragam dan menangis. Kadang2 je kalau dah terlalu mengantuk baru lah anak tak perlukan soother. Saya risau perkara ini berlarutan. Takut akan memberikan kesan kepada gigi anak nanti. Apa yang saya perlu buat? Macam mana nak train anak supaya tak bergantung dengan soother?