Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Overdue
Hi moms, Hari ni masuk 5 ari ditahan kat wad. 2 ari pertama dtg belum ada bukaan. Serah diri sebab gdm. Doktor induce 1st dose bukaan baru 2cm. Hari ini 2nd dose doktor bagi sebab jalan masih 2cm selepas 2 ari induce 1st dose. Kesakitannya hnya Tuhan saja yg tau. Rasa down saja tengok org kat katil sebelah menyebelah bertukar ganti tapi saya masih juga berkampung di sini. Doakan supaya bukaan cepat ye mommy semua. 🙏
Pantang
Stress bila bincang pasal pantang kat mana bila mana ipar duai sibuk nak msuk campur siap sindir2 lagi. Saya tau la saya ni ank yatim piatu dah tak ada mak bapak utk sy berpantang. Niat nak berpantang upah orang jaga tapi mak mertua tak setuju dia nak jaga saya. Memang baiklah kalau dia nak jaga tapi masalah nya saya masih terasa hati bila igt balik kata2 kkak ipar saya yg pernah warning kat saya kalau mengandung jgn sesekali pernah susahkan mak dia (mother in law). Siapa tak kecik hati kan. Wlupn setahun dah berlalu tapi kata2 tu masih segar dalam igtan sy. Skrg lagi 2 ari ank saya nak kluar. Serba salaj dibuatnya. Saya stress sgt. Bila saya nangis baby mst mengeras seakan2 tau emosi saya sedih. Suami tak pernah menangkan kluarga dia sebb dia tau mcmna kkak2 dia layan saya. Mengandung ank pertama saya diuji sebegini. Nak jer saya berterus trg dgn mak mertua saya tu yg ank perempuan dia pernah kluarkan kata2 menyakitkan hati kat saya tapi saya masih jaga perasaan mak mertua saya. Saya tak ada mak jadi saya syg sgt kat mak mertua saya tapi sejak kkak sulung suami saya tu bagi kata2 yg menguris perasaan saya sbg ank yatim piatu sejak tu saya menjauhkan diri dari family suami saya. Btw, ke semua kkak ipar saya belum kawen tapi lagak mcm org yg dah berkahwin. Bercakap main suka hati. Belum lagi dgn cousin suami saya suka jd batu api cakap itu ini tnpa tgk keadaan org.
Menghitung Hari
Susah hati bila dah msuk 39week 3 day baby belum juga nak keluar. Kalau baby tak nak keluar option ibu bersalin kena czer ke? Saya tak nak czer kalau boleh nak normal. Baby dijangka berat 3kg lebih. First baby memang lambat keluar ker? Saya tgk kwn2 saya 1st baby semua keluar dalam week ke 37-38. Saya dah msuk fasa akhir belum ada tanda juga. Stress dibuatnya. Dah pujuk baby tapi dia seronok jer masih nak main kat dalam.
Ayam goreng Mcd
Hi moms, Saya nak kongsikan pengalaman mengidam ayam goreng mcd. Nak dijadikan cerita, si suami beli la jadi saya makan seketul hnya utk memenuhi syarat mengidam. Bukan ayam regular tapi yg spicy. Ayam mcd spicy ni pedas dia mengalahkan ayam kfc tapi kerana nyawa nak makan kan so kita makan jela. Sebelum ni doktor dah pesan jgn makan benda pedas takut baby x tahan. Ayam seketul tu pon saya x makan hbis cuma stgh ari breast dia sja tapi tula penangan dia 2 ari saya cirit birit. Ari ke2 tu baby dah start kurang gerak. Saya cuba usik dia pon mcm lemah jer dia gerak. Suami pula tgh kerja. Dalam fikir jangan lah si kecik ni afa apa2. Cirit birit x henti2. Saya pon jd lemah xada tenaga. Dalam hati saya menyesal tak sudah sebab makan ayam tu. Saya dah berkira2 nak pergi hospital kalau suami balik kerja. Masa suami balik tu saya suruh suami bercakap dan usik2 baby. Lega rasa hati saya dan suami bila baby aktif balik lepas dgr suara dady dia. Dady dia cium belai dia baru la dia tendang2, sengit sini sana. Suami kata ini 1st and last makan ayam tu. Lepas ni no more dah. Saya pon iyakan. Takut ada apa2 kat baby. Sekian
Dilema Berpantang di mana?
Hi ibu2 semua, Saya nak meluah ni. Tak lama lagi saya due menghitung hari je. Mak mertua kata kalau beranak nanti balik kampung dia nak jaga dan dia sanggup berhenti kerja demi jaga cucu pertama dia. Baby saya adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga suami saya. Masalah saya sekarang, dulu masa baru saja 3 hari dah sah jd suami isteri, tiba2 kkak sulung suami saya ada bagi warning supaya jangan susahkan mak diaorang (mak mertua saya) kalau saya ada baby nanti. Dia tak suka mak dia urus ank saya sebab dia tak mahu mak dia penat atau sakit. Suami saya tak dapat nak kata apa, saya yg mendengar kata2 kkak ipar saya tu sedih sgt. Yela saya ank yatim piatu sejak umur 16 tahun. Saya igt bila ada mak mertua dapat la tumpang kasih sayang seorang ibu tapi tak sangka pula ipar2 saya tak berkenan. Mak mertua saya baik sgt tapi dalam masa yg sama dia tak mampu nak tegur ank2 dia bila ank2 dia naik kepala. Sejak tu saya bawa suami tinggal sewa sndiri dan syukur suami sangat2 memahami. Suami lebih tahu baik buruk saya mcm mana dan dia juga tahu saya sygkan mak mertua saya mcm mak kandung saya sendiri. Sekarang saya dilema nak pantang kat rumah sendiri atau rumah mak mertua saya. Kalau ikutkan saya lebih selesa pantang rumah sendiri walaupon tak ada pengalaman pantang macam mana tapi benda tu kan kita boleh belajar. Dalam masa yg sama saya kesian pula tengok mak mertua saya excited nak jaga cucu pertama dia ni tapi saya risau pandangan kkak2 ipar saya pula. Btw, kkak2 ipar belum berkahwin. Suami langkah bendul. Harap2 ibu2 boleh bagi pendapat la ?
kaki bengkak
Hi ibu.. Sekarang saya dah msuk 37 minggu 4 hari. Kaki makin bengkak macam belon. Letak tinggi mana bantal kat kaki atau urut pon tetap tak jadi apa malah makin bengkak. Ada side effect ke benda ni kalau mkin membengkak? Pengalaman pertama. Apa petua utk surutkan balik bengkak ni ya?
36 week
Hi moms, hari ni dah msuk 36week dah saya. Beberapa arini saya rasa mcm bawah abdomen saya berat smcm. Rasa nak berak pon ada tapi bila ke toilet xda pula nak berak. Asal angkat jer berat perut tu mcm nak jatuh ke bawah. Malam2 selalu sakit mencucuk2 dan baby mengeras. Tanda nak beranak ke tu? Ini pengalaman pertama mengandung. Kwn2 kata tunggu ari jer lagi ni tapi kan 36 week tu belum cukup bulan lagi
Pergerakkan baby
Sejak masuk minggu ke 34 ni baby saya sangat lincah bergerak antara jam 12 pagi smpai jam 3 pagi. Dia main sampai rasa nak terkeluar dari dalam pula. Walaupun saya tertido mesti terbangun disebabkan dia aktif jam tersebut. Adakah ibu2 mengalami pekara yg sama?
Baby Kicking
Hi mommies, Usia kandungan saya dah mencecah 33 week 4 days. Normal ke kalau baby terlalu aktif bergerak smpai kan rsa nak pecah air ketuban atau rasa macam dia nak terkeluar jer bila dia mengeliat kuat sgt? Kdg2 tu saya senak nafas dibuatnya dan hampir nak terkucil. Saya happy dia sihat tapi tula bila dia terlalu aktif main perut tu rasa nak meletup haha terutamanya waktu tgh malam. Ini first baby saya jadi saya tak berapa tau sgt adakah itu normal.
Perubahan kulit
Hi ibu.. Sejak pregnant ank pertama ni perubahan kulit wajah saya nampak lbih glowing lgsg xda jerawat. Saya happy sgt2. Suami rajin cium pipi sbb dah gebu cuma saya agak sedih bahagian leher saya tiba2 byk tumbuh tahi lalat kecik2 dah mcm serupa freckle yg dekat muka urg putih tu pula. Kenapa bgitu ya? Sdgkan sebelum pregnant punya la leher saya mulus jer. Adakah iyanya kekal smpai bila2?