Dilema Berpantang di mana?

Hi ibu2 semua, Saya nak meluah ni. Tak lama lagi saya due menghitung hari je. Mak mertua kata kalau beranak nanti balik kampung dia nak jaga dan dia sanggup berhenti kerja demi jaga cucu pertama dia. Baby saya adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga suami saya. Masalah saya sekarang, dulu masa baru saja 3 hari dah sah jd suami isteri, tiba2 kkak sulung suami saya ada bagi warning supaya jangan susahkan mak diaorang (mak mertua saya) kalau saya ada baby nanti. Dia tak suka mak dia urus ank saya sebab dia tak mahu mak dia penat atau sakit. Suami saya tak dapat nak kata apa, saya yg mendengar kata2 kkak ipar saya tu sedih sgt. Yela saya ank yatim piatu sejak umur 16 tahun. Saya igt bila ada mak mertua dapat la tumpang kasih sayang seorang ibu tapi tak sangka pula ipar2 saya tak berkenan. Mak mertua saya baik sgt tapi dalam masa yg sama dia tak mampu nak tegur ank2 dia bila ank2 dia naik kepala. Sejak tu saya bawa suami tinggal sewa sndiri dan syukur suami sangat2 memahami. Suami lebih tahu baik buruk saya mcm mana dan dia juga tahu saya sygkan mak mertua saya mcm mak kandung saya sendiri. Sekarang saya dilema nak pantang kat rumah sendiri atau rumah mak mertua saya. Kalau ikutkan saya lebih selesa pantang rumah sendiri walaupon tak ada pengalaman pantang macam mana tapi benda tu kan kita boleh belajar. Dalam masa yg sama saya kesian pula tengok mak mertua saya excited nak jaga cucu pertama dia ni tapi saya risau pandangan kkak2 ipar saya pula. Btw, kkak2 ipar belum berkahwin. Suami langkah bendul. Harap2 ibu2 boleh bagi pendapat la ?

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!