Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mummy of 2 ?
Baby lagi seminggu 6 bulan, boleh bagi makan sikit² tak?
Salam mommies ❤️ . My boy next week dah masuk 6 bulan. Ni anak ke dua.. Boleh ke kalau bagi dia makan sikit²? Bubur nasi kosong @ puree buah ke? Dia tengok makanan tu kita rasa kesian kat dia. Tengok org makan mcm nak makan sangat dah. Masa anak first dulu mmg genap 6 bulan baru bagi. Sbb xde la mcm si adik dia yg ni.. Atau better tunggu next week je bagi terus? Thanks! 🫰🫰
Baby Dah discharged dari kk tapi still nampak kuning.
Salam mommies. Anak saya dah masuk 22 hari harini. Last check kuning kat kk, 7.6. a day before, 10.4. Sebab turun banyak, nurse kk ckp boleh discharged je. Tapi sampai harini kulit anak saya masih merah² kalau picit ada kuning. Mata pun npk lagi kuning nya cuma dah nampak makin clear dah. Anak pun makin aktif, xde lah tidur je. Cuma dia masih asek muntah tejeluak susu tu. Berak kencing banyak dah. Saya still risau sbb masih nampak kuning nya dan muntah tu. Any suggestions?
EDD 16/9, tp takde tanda nak bersalin
Salam hai. Saja nak share. Saya dah hampir overthinking ni. Edd 16/09, now baby belum tunjuk any sign nak keluar. Seronok je dia dalam perut ni. Hari² exercise nak bagi keluar. Any tips anyone? Dah berapa hari dah tak tidur malam. Mcm² dalam kepala 🥹
Maltofer, anyone?
Hi mommy. Ada sesiapa yg kena @ pernah makan maltofer tak? Nak tahu cara paling berkesan utk consume maltofer. Before this makan obimin, tp hb drop. Doctor advice ambil after meal. Tp baca² ada ckp before meal. Atau mmg tak kisah ya?
Tips minum air gula?
Hai semua. Ada sesiapa nak bagi tips tak minum air gula tanpa muntah? Saya ada buat bacaan skit, kebanyakan ckp minum laju². Masalah saya sekarang, pregnant kalini, semua makanan / minuman takboleh masuk bnyk². Kalau makan bnyk sikit je, muntah. Minum air banyak sikit jee muntah. Kena ala kadar je. Saya takde masalah dgn rasa air gula tu, saya risau sbb saya tak boleh minum air dlm kuantiti yg bnyk dlm 1 masa yg dekat². Tadi saya minum sikit², pun tekeluar jugak. Adeh. Risau jee next week pun muntah 🥲. Any tips?
Minum Hirisan lemon semasa pregnant
Salam hai semua. Last week saya +ve COVID-19. Kandungan baru 13weeks. Jadi, saya amalkan minum air lemon + cengkih . Saya amalkan minum air ni since hari pertama +ve covid sampai harini (hari ke 9). Alhamdulillah saya dah sihat dan dah -ve. Bila hari² saya amalkan, saya rasa sedap pulak dan dah jadi rutin. Hirisan lemon tu saya biar dalam cawan yg sama dan refill air masak panas je, setiap kali nk minum air, saya minum air ni je. Soalan saya, bahaya tak utk baby kalau saya jadikan minum air lemon ni sebagai rutin? Atau sy perlu stop kan minum ? Lagi 1, kalau minum air gula nanti, akan sangkut tak? Sbb Jumaat ni appointment minum air gula. Saya bukan seorang yg suka minum air manis. Jadi saya agak bimbang hehe. Terima kasih semua 🤗