

Salam mommy² semua. Sy skrg dh 38week 4days tpi belum ada tanda² nak bersalin, cuma ada contraction palsu n baby kerap mgeras je, pastu sakit kat pelvis. Kalau ikut due 8/4 ni tapi klau bleh nk bersalin awal, xnk bersalin ikut due xnk raya dekat hospital🥲baby mcm masih selesa duduk dlm perut, so klau mommy² semua ada tips² untuk cepatkan bersalin boleh share dgn sy, tqvm #seriusnaktanya
Read more
Hi ada tak mommy yang pernah ada pengalaman baby duduk dlm NICU? Baby saya masih duduk dlm NICU sejak 26/3/24 disebabkan masa dkt LR haritu saya demam. So dr asingkan baby dgn saya sampai ke harini. Dr just pasangkan wire je dekat kaki dgn letak something mcm sticker dkt dada, untuk detect tahap jantung dia. Sebab jantung baby saya kejap okay, kejap tinggi sikit (Bukan tahap serius). Mcamana ya mommy semua handle perasaan bila berjauhan dgn baby lagi2 bila anak first ni? Dan berapa lama ye selalunya baby duduk NICU? 😢 Tiap hari menanti call dari NICU berharap baby boleh discharge dgn segera. Terasaa rinduuu yang tersangat sangat rindu ya allah 🥲 Saya perlukan sokongan dari mommy semua 🥹#firstmom
Read more
Dah 5hari kena warded dan bukaan dah 5cm. Sekarang tunggu waiting list nak masuk labour room. Dah 5cm pun kurang rasa contraction. Ke effect pain killer tu tu jadi kurang sakit? Saya kena cucuk pain killer sebab sakit masa kena induce belon 2hari lepas. Dan bukaan 5cm tu tak berubah pun. Dah puas jalan2 pusing ward still sama jerr..Lama betul boleh jumpa baby. Orang nya dah tak menyabar😂. Doakan saya semoga cepat bersalin Updated: selepas saya up status ni, dua jam kemudian terus kena pergi labour room. Masa sampai labour,doc check jalan actually baru 3cm😂 doc lain check 5cm. Dah alang2 kena masuk LR,doc decide pecahkan air ketuban jugak. Tapi lebih 12jam jalan baru bukak 4cm.kena emergency czer. Dan alhamdulillah keluar baby boy seberat 3.550kg. Terima kasih atas doa2 mommy semua. #firstmom
Read more
Hi mommy yg dah berpengalaman. Saya nak tanya, urutan selepas bersalin ni memang perlu selepas discharge dari hospital atau lepas settle urusan anak di hospital jika perlu (cth: check kuning)? Sebab bidan saya syorkan lepas settle kuning anak mungkin lepas seminggu. Tp ada yang cakap kene buat secepat mungkin after discharge. So apa pandangan mommy berpengalaman semua? Jika ada penjalasan lebih lanjut lagi disyorkan berkongsi. Terima kasih #firstmom
Read more
Hi mommies semua, saya nak share sekaligus bertanya. Beberapa hari lepas saya warded di hosp sbb ada contraction mengeras semacam batu dan sakit sengguggut yang kuat, private part berdenyut dan rasa sengal² serta ada tarikan dekat area pinggang, bila cek dah ada bukaan 1cm & doc taknak induce sbb masa tu saya baru 36weeks 4days. Doc suruh sy admit sebab nak pantau sebabnya servik sy dah pendek walaupun bukaan baru 1cm, risau katanya bukaan cepat tapi doc taknak induce sebab baby belum matang 37weeks, dia nak bukaan tu semulajadi tanpa paksaan. Tapi sampai ke harini sy dah 37weeks dan discharge sebab contraction tiada lagi dah, cuma saya risau sebab saya dah ada bukaan 1cm berserta air ketuban tinggal 8, ada kemungkinan ke bukaan ni terbuka lebih lagi dalam masa terdekat ni? dan air ketuban di paras 8 macam mana nak pantau ya, ada tak sesiapa yg pernah alami situasi macam saya? #SeriusTanya #firstmom #ingintahu
Read more


