Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL

Berita gembira untuk para ibu dan ayah! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips dalam sesi tanya pakar kita minggu ini adalah Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL. 📰 Topik: Cara & Tips Menguatkan Rahim Semasa Mengandung 🗓️ Tarikh: 17 Ogos 2023 🕰️ Masa: 4-6 Petang Dalam perjalanan kehamilan, salah satu aspek penting yang perlu anda ambil perhatian adalah keadaan rahim anda. Rahim yang lemah boleh membawa risiko bukan sahaja kepada anda, malah bayi yang dikandung. Jadi, apakah tanda-tanda BAHAYA yang harus anda perhatikan untuk menandakan RAHIM LEMAH? Dan adakah terdapat langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk memperkuat rahim demi mencapai perjalanan kehamilan yang sihat? ⬇️ Ajukan soalan anda berkenaan dengan cara & tips menguatkan rahim semasa hamil. ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Doktor, bagaimana saya nak tahu rahim saya kuat atau tidak?

2y ago

Dear Puan Yaaa, sekiranya puan sihat dan tidak mengalami simptom seperti keguguran trimester kedua ataupun kelahiran pramatang yang berulang bermaksud puan tidak ada masalah rahim yang tidak kuat. Faktor risiko untuk rahim yang tidak kuat adalah lebih pada seseorang yang pernah melalui pembedahan pada pangkal rahim seperti "LOOP" ataupun "cone biopsy" untuk masalah kanser pangkal rahim ataupun pernah mengalami "second stage" caesarean section. Jarang sekali seseorang itu ada rahim yang tidak kuat tanpa sebarang faktor risiko. Tetapi sekiranya puan ada simptom ataupun faktor risiko, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor pakar seketika mengandung untuk penilaian cervix kerana ia boleh dirawat dengan pembedahan cervical cerclage seketika mengandung.