Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL

Berita gembira untuk para ibu dan ayah! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips dalam sesi tanya pakar kita minggu ini adalah Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL. 📰 Topik: Cara & Tips Menguatkan Rahim Semasa Mengandung 🗓️ Tarikh: 17 Ogos 2023 🕰️ Masa: 4-6 Petang Dalam perjalanan kehamilan, salah satu aspek penting yang perlu anda ambil perhatian adalah keadaan rahim anda. Rahim yang lemah boleh membawa risiko bukan sahaja kepada anda, malah bayi yang dikandung. Jadi, apakah tanda-tanda BAHAYA yang harus anda perhatikan untuk menandakan RAHIM LEMAH? Dan adakah terdapat langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk memperkuat rahim demi mencapai perjalanan kehamilan yang sihat? ⬇️ Ajukan soalan anda berkenaan dengan cara & tips menguatkan rahim semasa hamil. ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

apakah faktor rahim lemah

2y ago

Antara faktor untuk rahim yang lemah adalah pembedahan pada pangkal rahim seperti rawatan kanser pangkal rahim ataupun pembedahan "second stage" caesarean section. Setengah-tengah orang yang mengalami kecederaan pada cervix, seperti kelahiran forceps ataupun cervical tear adalah diantara faktor risiko untuk rahim yang "lemah". Faktor yang lain tapi jarang adalah berkait dengan masalah "connective tissue diseases". Jarang sekali seseorang itu akan ada rahim yang lemah tanpa faktor risiko. Dari segi simptom, biasanya ini berkait dengan kelahiran pramatang, ataupun keguguran yang berulang pada trimester kedua.