Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL

Berita gembira untuk para ibu dan ayah! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips dalam sesi tanya pakar kita minggu ini adalah Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL. 📰 Topik: Cara & Tips Menguatkan Rahim Semasa Mengandung 🗓️ Tarikh: 17 Ogos 2023 🕰️ Masa: 4-6 Petang Dalam perjalanan kehamilan, salah satu aspek penting yang perlu anda ambil perhatian adalah keadaan rahim anda. Rahim yang lemah boleh membawa risiko bukan sahaja kepada anda, malah bayi yang dikandung. Jadi, apakah tanda-tanda BAHAYA yang harus anda perhatikan untuk menandakan RAHIM LEMAH? Dan adakah terdapat langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk memperkuat rahim demi mencapai perjalanan kehamilan yang sihat? ⬇️ Ajukan soalan anda berkenaan dengan cara & tips menguatkan rahim semasa hamil. ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr.. nak tahu kalau kita jarang ambik makanan breakfast, lari time waktu makan adakah kandungan kita lemah? sebab nie my 1st time so tk arif sgt bab nie.. risau jgk sebab ii cepat lapar bila tk makan.. kdg2 makan bskut am pun tk ckup.. tgahari br cri nasi.. jrang de alahan jgk..

2y ago

Dear Puan Iera Munirah, kelewatan dalam pemakanan ataupun breakfast bukan punca rahim yang lemah. Tetapi, diet yang seimbang dan makan pada waktu yang sesuai adalah penting untuk kandungan yang sihat dan nasihat saya kepada puan adalah untuk pastikan puan makan yang seimbang ikut pada masanya. Breakfast yang seimbang adalah sangat penting untuk semua orang, khususnya ibu mengandung.