Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL

Berita gembira untuk para ibu dan ayah! Pakar yang bakal berkongsi ilmu dan tips dalam sesi tanya pakar kita minggu ini adalah Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL. 📰 Topik: Cara & Tips Menguatkan Rahim Semasa Mengandung 🗓️ Tarikh: 17 Ogos 2023 🕰️ Masa: 4-6 Petang Dalam perjalanan kehamilan, salah satu aspek penting yang perlu anda ambil perhatian adalah keadaan rahim anda. Rahim yang lemah boleh membawa risiko bukan sahaja kepada anda, malah bayi yang dikandung. Jadi, apakah tanda-tanda BAHAYA yang harus anda perhatikan untuk menandakan RAHIM LEMAH? Dan adakah terdapat langkah-langkah yang boleh dipraktikkan untuk memperkuat rahim demi mencapai perjalanan kehamilan yang sihat? ⬇️ Ajukan soalan anda berkenaan dengan cara & tips menguatkan rahim semasa hamil. ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Muniswaran Ganesham, Perunding di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, KL
20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi dr , apakah cara untuk menguatkn rahim kita semasa mengandung ?

2y ago

Terima kasih untuk soalan puan yang sangat penting. Terdapat pelbagai cara untuk elakkan rahim yang lemah, antaranya adalah untuk memastikan ibu hamil makan dengan seimbang dan elakkan makanan raw dan yang tidak dimasak, termasuk susu yang tidak diproses. Selain itu, jangkitan kuman, terutamanya penyakit kelamin, jangkitan kuman pada air kencing dan vagina adalah sangat penting dan kebersihan diri dan penjagaan hygiene adalah sangat penting. Exercise seperti berjalan kaki ataupun swimming digalakkan waktu mengandung. Adalah jugak penting untuk memastikan persekitaran yang sihat, tanpa pendedahan pada asap rokok dan bau yang toksin. Ubat untuk kuatkan rahim adalah tidak berkesan dan cara yang paling penting ialah lifestyle yang sihat dengan pemakanan yang seimbang. Bed rest jugak tidak digalakkan untuk kuatkan rahim. Cara lain untuk kuatkan rahim adalah untuk memastikan puan tidak ada faktor risiko untuk rahim yang lemah seperti pembedahan cervix, second stage caesarean section ataupun