Adakah ibu mengikuti jadual vaksinasi si kecil?
Adakah ibu mengikuti jadual vaksinasi si kecil?
Voice your Opinion
Ya, ia penting
Tidak, saya tiada masa
Selalu lupa
Saya tidak vaksin anak

40047 respon

83 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

For those parents yang anak² x pernah kena AEFI selepas vaksin (maybe AEFI pun xtau), saya nasihatkan anda semua berlapang dada terhadap hak ibu bapa yang tidak memvaksinkan anak² mereka. Kalau anak anda dah vaksin, seharusnya anda x perlu risau tentang antibodi anak anda. Vaksin bertindak untuk melindungi, jadi seharusnya anda harus percaya anak anda dilindungi. Membalas komen dengan menyuruh ibu bapa yang x memvaksinkan anak mereka supaya berasingan dengan anak² anda membuktikan anda tidak percaya kepada keberkesanan vaksin. Isn't that irony? Kita sedia maklum yang baby ditegah bagi solid food sebelum umur 6 bulan. Alasannya sistem pencernaan baby belum matang dan tak boleh process solid food. Kalau guna sifir 'sistem belum matang', then by right sebelum umur 6 bulan semua sistem baby blom matang - penghadaman, imun, pernafasan, perkumuhan, nervous system, endocrine system etc. Jadi kenapa kita 'yakin' sgt dgn memberi vaksin seawal beberapa jam kelahiran (dan beberapa kali sblm capai usia 6 bulan), anak kita akan mampu adapt dan sistem imun yg masih belum matang itu mampu menghasilkan response dan imuniti yg sepatutnya kepada penyakit y divaksin? Kenapa kita boleh say 'NO' to food yg diberi melalui mulut dan dlm masa yg sama say 'YES' utk vaksin yg disuntik direct ke dalam badan anak? Mcm Alanis Morisette cakap - ISN'T IT IRONIC? #pharmacistpencen

Baca lagi
5mo ago

Sign at own risk. Boleh je refuse

Saya vaksin anak sebab saya fikir itu salah satu ikhtiar saya jaga amanah Allah untuk kuatkan anti body dalam badan anak saya. Tapi seandainya Allah mengizinkan sebaliknya sekurangnya saya dah berusaha yang termampu dan terdaya saya. Pada mereka anti vaksin pula mungkin mereka ada cara lain untuk menjaga amanah mereka. Tak mungkin mereka hanya biarkan anak mereka tanpa usaha menjaga. Pada saya vaksin atau tak hanya ibu bapa sendiri lebih mengenal anak mereka. Jangan la kita sampai bermasam muka atau bergaduh macam budak budak semata mata kerana vaksin ni. Masing masing pun jangan jatuh hukum sendiri pasal vaksin ni tanpa rujuk yang lebih berilmu. Tapi vaksin memang ada kesan dia sendiri juga bergantung pada empunya badan. Yang tak vaksin pun bukan anak sentiasa sihat. Sihat dan sakit tu semua ujian dari Allah. Kita ni hanya mampu ikhtiar mana yang kita rasa terbaik untuk anak kita ja.

Baca lagi
VIP Member

For all mums yg tak suka golongan anti vaksin. I want to say something. I will vaccine my baby, when bahan2 vaccine tu sememangnya HALAL sbb i REALLY DONT WANT my baby mengalir benda haram. Just bcs bila benda haram masuk dlm badan. Anak akan jadi PEMALAS dan DOA TAK DITERIMA are u as muslim want this? "kesian ank u tak bgi vaksin kang dia sakit mati mcm mna" what i can say. Ajal maut d tgn Allah. Dan tiada dlm hadis mau pun Alquran ANAK YG TAK VAKSIN PEMBAWA PENYAKIT. Tiada ya syg sekalian. So before suntik itu ini dlm badan make sure ingredients dlm tu HALAL jgn main bedal.

Baca lagi
5mo ago

anak sakit jgn masuk spital or gi klinik sis. dlm ubat ada dadah nnti anak jdi penagih 🗿

Sya seorang cikgu tabika. Pernah dpt waris anti vaksin mai hantar anak ke tabika.. Kesian kat anak sakit memanjang. Yg pelik waris tersebut bknnya org kg keja biasa2 tp waris yg ber-educated. Kerja besar. Tp sayang belajar terlalu pandai gamaknya smpai jd anti vaksin. Ditegur cra lembut, kita yg kna blik siap kna mrh lg. "Cikgu nie jngn menyibuk la, jga tepi kain sndri sdh".. Sya bkn nk jaga anak dia sorang, 24 anak murid lg tu perlu dijaga jugak. Dsbbkan dia sorang yg lain pun terpalit gak.. Skrng anak dia dah ke prasklh. Sya doa sngt anak dia besar nnti x jd mcm mak ayah dia, golongan anti vaksin. #luahan_cigu_tbk

Baca lagi
11mo ago

Woww ramainya antivax🤣🤣🤣

Pada saya ibu bapa nak anak vaksin atau tak itu pilihan masing masing. Saya ambil vaksin pun atas nasihat doktor yang lebih arif dan pakar dari saya dalam bidang perubatan. Kalau saya pakar dari doktor saya dah lama jadi doktor. Tak perlu saya minta nasihat doktor. Saya pun pernah fikir tak nak vaksin anak sebab malas nak bertapak kat klinik. Tapi saya berserah pada Allah je selepas saya usahakan juga bawa anak pergi vaksin. Sekurangnya saya dah berusaha minta nasihat yang pakar dan berusaha yang terbaik untuk anak saya. Setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka. Bukan buat untuk kepentingan diri.

Baca lagi

kalau dekat sabah penyakit polio yg berbahaya sbb penyakit ni dtg dr warga asing Filipina.. cuba kaji apa tu penyakit polio.. terbaru anak 3 bulan dijangkiti. sepatutnya baby ni belum lengkap vaksinasi. setelah dikaji baby 3 bln ni tinggal dgn org yg tdk ambil vaksin sbb warga asing.. so kita mau anak sihat atau sebaliknya.. sekadar renungan.. setelah kes terbaru ni ada.. sabah melancarkan kempen vaksin polio untuk anak 0-12thn. ambil sbg dos tambahan bgi yg belum dan pernah ambil.. kerajaan bgi free saja. rugi tak ambil..

Baca lagi
VIP Member

Sedihnya tgk ada yg memilih utk tidak vaksinkan Anak. 😢 Dalam keadaan pelbagai wabak mcmni, sampai hati ambil risiko utk bahayakan nyawa Anak. Semoga Anak membesar dgn sihat, tidak memberi penyakit kpd org sekeliling . Selain tu, harap si Anak pun xmarah ibubapa kerana memilih tidak vaksinkan mereka bila mereka dh besar nanti.

Baca lagi
1mo ago

its a choice dear. even yg tolak utk vaksin anak pun doctor terima atas sbb sbb yg mmg anak tu takleh divaksin. sbb nk tolak vaksin pun kami still kena jumpa doctor pakar kanak2. bkn memandai2, klu yg atas tu ckp psl doa tak diterima dan pemalas, itu aku pn takleh terima. and one more thing, kkm sendiri ckp SEBAIK2 VAKSIN ADALAH SUSU IBU. so apa kata anda? its a choice dear, sekian wasalam.

kenapa ramai yang anti ibu bapa yang tak nak vaccine anaknya?bukan ke tu hak die...berlapang dada..banyak je cara untuk jaga kesihatan anak. btw, anak sy vaccine tp tiba2 ada jangkitan bawah ketiak die mcm bengkak besar xsurut2 sampai skrg dh 2 months...kiteorg sebagai ibu ayah ni mmg risau bile jd mcm ni. tgh berfikir should or shouldn't continue vaccine after this. 🥲

Baca lagi
VIP Member

Nk tnya..nurse kol n minta sy n BBY dikuarantinkn Dua minggu..sebb hritu sy swab test..even ngtf, Dr ckp knee kuarantin sebb suami ay kerja di kawasan red zone..sepatutnya trikh suntikn ank sy 21/6.. tapi suntikn di delaykn pada 6/7.. xap2 ke klau xsuntik ikut due? Maaf..Saya new mom..n yg dibincgkn sini, suntikn setiap buln tu kn? Tkut slh pulk fhmn sy 😂

Baca lagi

pengalaman jaga anak di ICU akibat kanser, disitu pengalaman sy lihat kanak2 1y9b maut.pengsan setelah 2 hari demam.dan kuman merebak 1 badan.. dan kanak2 tersebut zero vaksin... sebelah katil anak sy je