Positifkan diri selepas keguguran
Hari isnin 03/01 saya mengalami pendarahan darah penuh pentiliner. 04/01 pendarahan masih ada saya dah mula pakai pad dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang jadi. Saya pergi kerja seperti biasa dan lakukan aktiviti seperti biasa. Pukul 10 pagi perut saya mula sakit seperti senggugut. Saya teruskan buat kerja dan waktu semasa saya ambil anak 6 petang di taska saya merasakan ada ketulan yang keluar. Pukul 7 suami hantar terus ke hospital dan semasa di tandas hospital keluar janin dan ketulan selebihnya. Pukul 9 alhamdulillah selesai semuanya. Saya tak perlu cuci dan hanya perlu warded sehari untuk pemantauan. Saya sekadar berkongsi pengalam yang perit dan meletihkan. Tapi saya tetap tenang dengan harapan Allah permudahkan. Tiada siapa yang tahu selain suami dan keluarga saya yang saya sedang menanti saat kehilangan waktu tu. Rakan sekerja hanya tahu dari boss selepas saya tak datang kerja hari ini. Saya harap semua ibu atau bakal ibu dapat bertabah dan redha menghadapi kehilangan. Allah sebaik baik perancang. Usaha lagi tanpa putus asa. Ini kali ke dua saya keguguran. Hari ni 05/01 saya berkongsi pengalaman, saya masih dalam wad tunggu discharge. #sharing
Read more