Apakah perkara yang membuat anda uninstall aplikasi kami?

Select multiple options
Sebab sudah bersalin
Informasi yang dikongsikan tidak menarik
Aplikasi asyik ada masalah
Feature kurang menarik
Lain-lain (Sila komen)

345 respon

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bagi pendapat saya, memang wajar pun soalan yang sama ditanya dalam aplikasi ni. Sebab aplikasi ni memang dibuat untuk info tentang kehamilan dan bayi. Jadi tak salah kalau soalan yang sama ditanya berulang kali sebab setiap ibu punya perasaan yang berbeza dan hanya ingin meminta pendapat para ibu yang ada di aplikasi ni. Jangan cepat bosan para ibu. Kalau anda tak suka, anda nak uninstall silakan tiada masalah. Saya juga perasan ada sesetengah pengguna aplikasi ni menggunakan 'bahasa' yang sangat tak elok dan kurang ajar. Sebaiknya balas dan taiplah dengan baik tanpa ada rasa bosan dan menyampah. Ingat, anda juga mungkin sedang hamil, atau pernah hamil. Tutur kata dan budi bahasa tu sangat-sangat penting dalam diri kita. Tambahan lagi kalau kita seorang yang beragama islam. Apa pun bagi saya, saya tak pernah bosan dengan aplikasi ni dan suka untuk membaca dan menjawab soalan-soalan dari para pengguna disini. Teruskan bertanya jika ada sesuatu yang kita tak tau. Mungkin akan dapat jawapan dari orang yang nak berkongsi ilmu atau pendapat dengan kita. Salam ramadan 🌹

Baca lagi
2y ago

betul tu 🥰

kebanyakan apps saya akan uninstall atas 2 sebab sahaja sama ada apps sendiri kerap crashed bila buka atau ada unsur pay to play.. kalau saya uninstall sebab attitude pengguna lain, rasanya pertimbangan saya agak tidak adil.. pergi la mana2 apps pun memang ada macam2 ragam pengguna.. tu semua di luar kawalan admin, hatta YouTube sekalipun.. adat la tu bila guna apps yg berbentuk komuniti.. walaupun sesiapa boleh post apa yg mereka suka, ikutlah garis panduan.. pandai2 bawak diri.. be neutral bila menaip.. be professional bila menegur.. rasa x puas hati boleh tekan report pengguna atau buat aduan melalui email

Baca lagi
2y ago

betul tu

Saya suka Bahagian PERTANDINGAN, tetapi semua hanya boleh disertai untuk pengguna yang berada di Semenanjung Malaysia sahaja, kenapa dengan Sabah Sarawak Labuan, kos penghantaran mahalkah? Rasanya boleh saja tetapkan terma syarat jika menang kos penghantaran akan ditanggung sendiri oleh pemenang. Jika semua untuk pengguna yang berada di Semenanjung Malaysia sahaja, seolah-olah timbul isu pilih kasih aplikasi ini, tidak adil untuk pengguna dari Sabah Sarawak Labuan. Bahagian REWARD juga sama, kami pengguna setia aplikasi ini, sila perbaiki mutu.

Baca lagi

ibu2 suka tanya soalan yg sama.. padahal.dh beratus org tanya n dh beribu yg jawab..alih2 tanya lagi.. Normal ke 4w x nmpk pape? pastu up upt 2 line tapi tanya sy peknen ke?padahal pada kotak dh lukis siap2. Klu nk tulis byk lg.. huhuhu

Baca lagi
2y ago

Taknak komen buat2 tak nampak jela. Apa susah. Buta ke mata tu klau tgok soalan sama. Masa kau pregnant anak first pun tipu lah kalau tak tanya langsung… Mentang2 dah berpengalaman nak sombong

suka jgk sbb kt sini bnyk ilmu yg bole kita bljar sbgi ibu bapa ..yg tak sukanya bila ada segelintir user yg membalas komen siap memaki.komen seumpama dia tu lh yg perfect...

TapFluencer

pernah uninstall sbb fed up buat ujian LH berbulan-bulan tapi belum hamil. 😁 mood TTC down masa tu, so, dgn TAPS pun kena tempias uninstall 😂

SEBAB ASYIK KELUAR SOALAN SAMA BOSAN ... HARI NI BERSALIN HARI NI JUGAK AKU UNINSTALL ...

2y ago

Nanti kalau mengandung lagi takyah install balik tau. Mmg apps ni ko sorang je boleh tanya masa ko pregnant. Orang lain takleh tanya 😚 Elok lah tu

TapFluencer

Masih menggunakan nya lagi walau dah lama bersalin

VIP Member

aplikasi hang. saya uninstall dan install semula

sebab tak suka, asik keluar iklan lazada je