Nasihat Anda Untuk Parents

"Tunjukkan contoh dan jadilah suri tauladan kepada anak-anak!" Haa... Anda sambung lain pula ?

Nasihat Anda Untuk Parents
28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Biasakan diri dgn mendengar dan melihat mata anak apabila anak2 ingin bercakap..diorang inginkan perhatian..stop sekejap untuk handphone/tv/laptop demi si kecil tersayang..banyakkan masa dgn si kecil yang xkan terulang lagi ms kecilnya..dan ketika dia besar kita akan merasa kerinduan n kerugian kerana masa yg diluang xbegitu dimanfaatkan sepenuhnya..guna cara perlahan tapi tegas n sentuhlah anak apabila menasihati selalu kerana sentuhan belaian ibu bapa itu mengukuhkan hubungan dan memahamkan emosi anak..kadang2 diri kita ego xnak buat suma ni dan ank2 terus memberontak..walhal bila dipraktikkan terus nampak kesannya perangai anak yg sblmnya terus berubah..yang penting sekali ubah diri kita untuk jd lebih baik dahulu..-still learning

Baca lagi

'Setiap anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih'. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.  Ungkapan ni bawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia, tidak tahu apa-apa, mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka. Anak itu amanah. Tunaikanlah tanggungjawab, berikanlah didikan yg baik. Jgn dipersiakan anugerah yg tidak ternilai yg dberi oleh Allah ❤️

Baca lagi

Nasihat sy 1 jek... Nk nasihat atau bg pandangan atau idea atau nk ckp blkg pun... Cakap la... Tp apa yg di ckpkn tu kena la buat... Jgn konon2 nk nasihat tp sbnrnye nk menghina. Jgn konon2 nk nasihat tp sbnrnye nk membuka aib org. Time ssh sengaja sbb sakit hati tgk org lain senang. Time senang sengaja sbb diri tu dh senang... Apa2 pun, ikhlas... Moga kte semua di bawah redha Illahi. ☺️😊

Baca lagi

Jgn la tunjuk contoh yg x baik kat anak. Kesian tgk anak jiran yg baru 5 tahun dok menjeling jeling kat anak saya (maknye berangin & suka cari psl kat jiran tetangga). Anak seumur ngan anak saya. Blk saja Dr sekolah mereka berdua suka berbual. Skrg jd musuh lak. Bila anak saya menegur dia mula la menjeling n ckp bukan2. Moga diberikan hidayah buat keluarga ini, Aaminn

Baca lagi
5y ago

Aah.. Anak saya ramah orgnya . Tp bila kena mcm tu dia jd x friendly dah skrg. Sy ckp berkawan dgn org yg nak berkawan ngan kamu je.

Jangan leka dgn gajet📱💻, ye kawan2. Tumpukan lebih perhatian pada anak-anak. Mereka perlukan perhatian dan ksh syg kita sebagai ibu bapa👪 Ia takkan dapat ditukar dengan wang ringgit atau apa sahaja di dunia ini😊

Jangan ajar anak sombong bila bersama budak2 lain.. Erti kata lain ajar anak hormat orang yg lebih susah, saling menghormati dan jangan ajar anak berlagak/menunjuk didepan anak2 yang kurang kemampuan. Bila mak pak pun xmenegur, fhm2 sendirilah..

VIP Member

Berani untuk anak. Ada benda parents boleh tolerate, tapi kalau mengganggu kesihatan atau masa depan (macam suap makanan kat anak masa dia belum 6 bulan), tolong bersuara. Tak ada siapa akan buat utk anak tu kalau parents tak buat.

VIP Member

Banyak pengorbanan jadi ibu bapa, cara hidup pun akan berubah bila dah ada anak. Banyakkan bersabar & enjoy puas2 layan karenah anak kerana anak tak selamanya akan bermanja & dekat dgn kita 😊

Jgn suka judge perangai ank org lain.. Bila nmpk sesuatu, jgn trus judge, ambil iktibar n doakn org lain yg struggle dgn ank mreka yg brmslah..

VIP Member

Jgm amik pusing sgt apa org ckp psl cara asuhan kita.. Yg baik kita terima, yg negatif: masuk telinga kanan kasi keluar ke kiri 🙊✌