Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic

Topik: Tanya soalan tentang demam, punca demam, tip untuk elak anak sakit dan rawatan demam berkesan Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Namun apabila anak demam, ibu ayah pasti akan rasa resah. Mengapakah demam boleh terjadi? Apakah simptom ibu bapa perlu tahu? Apakah cara betul untuk menggunakan termometer? Bilakah anak perlu berjumpa dengan doktor dan apakah tanda-tanda amaran yang ibu ayah perlu kenal pasti? Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, ataupun anak anda ada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Ibu dan ayah wajib tahu segalanya mengenai demam, termasuk bagaimana untuk menghalang anak-anak jatuh sakit apabila mereka hadir ke sekolah. Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis penyakit seperti demam, selsema mahupun batuk yang sering dijangkiti oleh anak-anak yang ke sekolah? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, dan tanya segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ap.braunhealthcare.com/.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic
27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi Dr JoAnn, Harap Dr berada dalam keadaan yg sihat sentiasa. Soalan saya : 1. Disaat ini musim kanak-kanak ramai memasuki hosp. Apakah langkah yang perlu diambil jika anak demam (suhu sangat tinggi) hanya pada waktu malam sahaja? Kerana ia pernah terjadi pada anak saya 2. Jika ubat yang diberi adalah ubat yang telah dibuka dan digunakan sebelum ini. Bagaimana ingin tahu ubat itu masih effektif untuk anak atau tidak? 3. Jika anak diberi ubat antibiotik dan jika demam anak masih belum elok. Adakah 5 hari yang diberikan untuk anak habiskan antibiotik itu tidak terlalu lama? In case anak ada jangkitan yang memerlukan pemantauan daripada doc yang sepatutnya di hosp. Thank you in advance, Dr

Baca lagi
4y ago

2. Secara lazimnya, ubat yang telah dibuka tidak boleh disimpan melebihi 6 bulan. 3. Sekiranya demam anak masih berterusan selepas 2 hari ubat antibiotik, tolong berjumpa dengan doktor semula untuk pemeriksaan lanjut.