Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic

Topik: Tanya soalan tentang demam, punca demam, tip untuk elak anak sakit dan rawatan demam berkesan Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit. Namun apabila anak demam, ibu ayah pasti akan rasa resah. Mengapakah demam boleh terjadi? Apakah simptom ibu bapa perlu tahu? Apakah cara betul untuk menggunakan termometer? Bilakah anak perlu berjumpa dengan doktor dan apakah tanda-tanda amaran yang ibu ayah perlu kenal pasti? Sekiranya persoalan ini bermain di minda anda, ataupun anak anda ada dalam situasi ini, ayuh ikuti Sesi Tanya Pakar kali ini. Ibu dan ayah wajib tahu segalanya mengenai demam, termasuk bagaimana untuk menghalang anak-anak jatuh sakit apabila mereka hadir ke sekolah. Tahukah anda bahawa ada beberapa jenis penyakit seperti demam, selsema mahupun batuk yang sering dijangkiti oleh anak-anak yang ke sekolah? Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini, dan tanya segala persoalan anda kepada Dr JoAnn Rajah, Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://ap.braunhealthcare.com/.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. JoAnn Rajah Pakar Pediatrik First Step Child Specialist Clinic
27 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai Dr JoAnn Rajah🌹 saya ada soalan 1.bagaimanakah cara kita nak rawat anak yang demam jika ianya berlaku pada lewat malam ketika itu klinik tiada yang buka? apa langkah yang perlu di ambil bagi meredakan panas badan anak ketika itu sebelum tunggu hari siang? untuk hantar ke klinik berdekatan 2. adakah ubat yang sesuai boleh di simpan di rumah sebagai ubat emergncy jika anak demam boleh di beri makan sebelum mendapatkan rawatan yang sepatutnya .. itu sahaja soalan dari saya saya dahului dengan ucapan Terima Kasih 🌹Have a nice day😉✌🏻

Baca lagi
4y ago

terima kasih doktor😍 atas jawapannya..ok done skrinshot dan masukkn dalam nota di telefon saya untuk rujukan masa akan datang..🌹