27 Balas
Hi doct... anak saya memang susah sangat makan ubat.. jadi bila demam saya akan bg ubat insert dan dia dah faham.. nangis sekejap tu normal.. ubat insert yg saya beli di farmasi memang akan buat suhu demam dia lambat turun.. tapi kalau yg klinik punya cepat turun. soalan saya, i) baru2 ni saya pergi klinik dan berjumpa doct, tapi doct tak benarkan, dia takut anak(2tahun 10bulan) fobia. saya dah bg tau dia dah biasa. adakah tak boleh kerap bg anak ubat insert punggung? ii) anak saya pernah sawan sebab bg ubat insert punggung dr farmasi kerana suhu yg lambat turun, boleh doct bagi cadangan, apa yg perlu dilakukan sekiranya berlaku demam sawan dan cara2 menurunkan suhu dengan lebih cepat. terima kasih.
Hi Dr JoAnn, Harap Dr berada dalam keadaan yg sihat sentiasa. Soalan saya : 1. Disaat ini musim kanak-kanak ramai memasuki hosp. Apakah langkah yang perlu diambil jika anak demam (suhu sangat tinggi) hanya pada waktu malam sahaja? Kerana ia pernah terjadi pada anak saya 2. Jika ubat yang diberi adalah ubat yang telah dibuka dan digunakan sebelum ini. Bagaimana ingin tahu ubat itu masih effektif untuk anak atau tidak? 3. Jika anak diberi ubat antibiotik dan jika demam anak masih belum elok. Adakah 5 hari yang diberikan untuk anak habiskan antibiotik itu tidak terlalu lama? In case anak ada jangkitan yang memerlukan pemantauan daripada doc yang sepatutnya di hosp. Thank you in advance, Dr
2. Secara lazimnya, ubat yang telah dibuka tidak boleh disimpan melebihi 6 bulan. 3. Sekiranya demam anak masih berterusan selepas 2 hari ubat antibiotik, tolong berjumpa dengan doktor semula untuk pemeriksaan lanjut.
Hi dr. JoAnn Selamat petang. Saya ingin bertanya, Baru-baru ini anak saya mengalami cirit - birit teruk. Sebelum perkara ini berlaku saya dapati suhu anak saya ke arah demam. Mujur saya ambil langkah awal, dengan memberikan ubat demam mengikut usianya. Persoalan saya adakah cirit birit terus berlaku disebabkan demam yang sepatutnya terjadi pada anak saya tapi saya cegah awal. Bila tanya ibu-ibu berpengalaman katanya disebabkan hawa panas yang tidam keluar dari badan anak saya myebabkan anak saya mengalami cirit-birit. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih daun keladi♥️
Hi puan. Sebenarnya, mungkin demam anak puan disebabkan oleh jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan usus. Maka kedua-dua simptom (demam dan cirit-birit) disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.
hai Dr JoAnn Rajah🌹 saya ada soalan 1.bagaimanakah cara kita nak rawat anak yang demam jika ianya berlaku pada lewat malam ketika itu klinik tiada yang buka? apa langkah yang perlu di ambil bagi meredakan panas badan anak ketika itu sebelum tunggu hari siang? untuk hantar ke klinik berdekatan 2. adakah ubat yang sesuai boleh di simpan di rumah sebagai ubat emergncy jika anak demam boleh di beri makan sebelum mendapatkan rawatan yang sepatutnya .. itu sahaja soalan dari saya saya dahului dengan ucapan Terima Kasih 🌹Have a nice day😉✌🏻
terima kasih doktor😍 atas jawapannya..ok done skrinshot dan masukkn dalam nota di telefon saya untuk rujukan masa akan datang..🌹
Hi Doktor, Setiap kali anak saya demam mesti mengejut,suhu terus naik 39-40..2x warded sebab sawan...adakah sawan ini akan berterusan sehingga dia besar? saya risau..dan bila di hospital pihak hospital tidak bekal saya ubat seperti selsema dan batuk alasan nanti hati akan rosak..saya terpaksa beli di farmasi begitu juga dengan ubat cucuk bontot..saya hanya guna ubat bontot pada waktu malam incase saya tertidur dan xsedar untuk memberi ubat demam makan..Anak saya baru berusia setahun 3 bulan..
Hi puan. Bukan semua kanak-kanak akan dapat demam sawan. Demam sawan biasanya berlaku kepada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun. Walaupun demam sawan ini nampak menakutkan, namun ia tidak akan menyebabkan efek kepada otak atau perkembangan otak anak. Ubat demam hanya perlu diberikan sekiranya anak demam sahaja.
Hi doc... 1. Bagaimana saya nak kira sukatan ubat demam untuk kanak-kanak berusia 8tahun? 2. Bayi bawah 6m bolehkah diberikan ubat demam? 3. Berapakah temperature yang sepatutnya dikira sebagai demam? 4. Selepas 3 hari demam tak baik, wajibkah untuk diambik darah? 5. Selain beri ubat demam, apakah cara lain yang boleh saya buat untuk kurangkan demam anak? Tq doc.
Selain daripada ubat demam, cara berikut boleh digunakan untuk bantu suhu badan turun. - Biar anak berehat secukupnya - Minum air dengan banyak untuk kurangkan risiko dehidrasi - Tuam kepala dan badan dan bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. - Jangan pakaikan pakaian yang tebal atau selimutkan badan anak **Maaf ya, jawapan terlalu panjang maka terputus
Hi Dr. JoAnn. Saya nak bertanya, selalunya berapa lama untuk seseorang anak kecil mengambil masa untuk sembuh dari selesema & batuk berkahak? Anak2 saya dah 2 minggu alami selesema batuk. Ada rawatan lainkah selain ubat yang diberi atau disyorkan klinik dan farmasi? Terima kasih Dr. ❤️
Hi puan. Punca utama batuk dan selsema digolongan kanak-kanak berpunca dari jangkitan virus. Simptom ini biasanya berlarutan selama 7-10 hari. Puan boleh membeli ubat di farmasi. Tetapi sekiranya batuk anak puan makin teruk atau berkahak, susah bernafas atau tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh, sila berjumpa dengan doktor.
Doktor, lately anak saya kerap demam. Lepas baik then hantar dia ke daycare, and then demam balik. Back to back, bila pergi clinic doktor cakap it's normal kalau hantar daycare budak senang demam and flu sampailah their immunity getting strong. When should I be concern doktor?
Hi there. Kanak-kanak 5 tahun dan ke bawah lebih senang untuk dapat batuk atau selsema. Secara purata, kanak-kanak golongan ini boleh jatuh sakit setiap 1-2 bulan. Dengan masa, immuniti badan kanak-kanak tersebut akan jadi makin kuat. Tetapi, saya galakkan pemberian vaksin pneumokokkal dan influenza kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai komplikasi tinggi dikalangan kanak-kanak.
Hi Dr.JoAnn, I would like to know in advance to be prepared, when should I be concerned and bring my child to a hospital when they have a persistent fever? What are some warning signs that they would need to be admitted.
Hi there. Fever is not the only sign. Other warning signs include fast breathing, difficulty in breathing,severe chest or tummy pain, persistent vomiting or diarrhea or if a child is very irritable or very tired (lethargic). Any fever lasting more than 3 days should be investigated and fever in the very young (less than 3 months) also needs a doctor's attention.
Hai doktor, saya confuse, kalau check suhu demam anak menggunakan thermometer adakah suhu normal/demam di dahi, bawah lidah, bawah ketiak, etc semuanya berbeza-beza? Bahagian badan anak yg mana terbaik untuk check suhu?
Hi puan. Ya, betul. Julat suhu memang besar di dahi,bawah lidah/ketiak dan telinga. Untuk bayi kurang daripada 6 bulan, sukatan mulut dan telinga tidak digalakkan. Bagi kanak-kanak lebih besar dari umur ini, mana-mana kaedah sesuai tetapi julat demam berbeza. Suhu bagi demam adalah: 38 celcius ke atas untuk telinga dan dahi 37.8 celcius ke atas untuk bawah lidah 37.2 celcius ke atas untuk bawah ketiak
Dr Joann Rajah