anak luar nikah bkn pinta ku
? tiada surat nikah hanya berbin dan berbinti kan abdullah ada yg blh bantu 1) camne nak urus sekolah dia darjah 1 nanti dan kalau cikgu2 minta surat nikah, apa sy harus berterus terang? adakah anak sy tak di terima masuk darjah 1? 2) tukar mykid minta surat nikah juga ke? jika tiada..bagaimana ye.. 3) saya tau ni salah dn dosa2 saya.. ?? bantu saya..

Maaf kpd anak tersebut. Anak mmg tak bersalah 100%. Kehadiran dia adalah kekuasaan dr Allah. Dalam hal ini yg bersalah adalah ibu dan juga lelaki yg bersama si ibu. Sila betulkan ayat anak luar nikah bukan ku pinta tu. Sb perbuatan berzina sendiri dah terang² sendiri yg meminta. Sy prejudis benda mcm ni. Sy x memihak pd si ibu. Dan sy sedih dgn perbuatan si ibu. Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Berkaitan dgn kemasukkan sekolah anak, paatikan anak telah didaftar mykid dan surat beranak. Jika ada surat beranak walaupun tanpa butir bapa, sekolah tetap terima pendaftaran. Sb pendaftaran sekolah hnya memerlukan surat beranak shj. Harap² ibu dpt berjumpa guru yg ada sikap empati. Yg akan membantu anak tersebut selama dia bersekolah Bertaubatlah, segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah. Mudah²an, insya'Allah.
Baca lagi
