Luahan ibu pregnant

Tengah alahan tapi alahan dah baik sikit dan tengah bergaduh dengan suami. 😂 Arghhhh normal ke perangai suami yang kurang peduli dengan isteri. Normal ke??? Ke saya je yang dalam kategori malang 😆 suami saya tak lah terok mana kot. Tapi boleh buat gaduh. Saya tak boleh masak pendek kata dalam fasa tak boleh nak urus diri sendiri dan anak. Jadi kalau makan pun jam 1 tengah hari baru nak makan sebab suami baru nak sediakan makan. Kena tunggu suami settle kan kerja baru boleh makan walaupun kerja suami tu boleh je tangguh. Tapi bab makan dia ok je beli apa yg saya nak cuma kena ikut time dia walaupun kita dah lapar, gastrik sangat. Pastu bila rasa sakit kena tahan tak boleh mengadu terus kalau suami baru balik. Kalau tak nanti kena marah. Dia kata biar dia rehat dulu. Boleh jugak macam tu eh. Habis kita ni kalau dah putus nyawa kena tunggu dia habis santai dulu? Sedangkan saya cakap je yang saya tengah sakit dada sebab saya takde sesiapa nak luah. Kalau nak minta dia urut belakang, dia akan urut tapi tangan sebelah memang tak lepas main fon. Bila minta urut satu badan dia kata nanti tunggu dia free. Tapi elok je ada masa main fon sentiasa 🥹 sampai dalam toilet memang setiap kali akan bawa fon. Tengah sakit pun dia boleh kata tunggu dia free baru nak urutkan. Jadi haritu kitaorang gaduh mulut. Dia cakap semoga kau semakin bodoh (sedangkan akademik kita lagi tinggi walaupun surirumah dan kita yang banyak tolong dia masa dia sambung belajar), semoga kau semakin pemalas (sedangkan sebelum pregnant saya yang masak, uruskan anak, uruskan rumah) semoga kau semakin bangang (sedangkan saya dulu tak pernah melawan sebabkan saya pun seorang manusia , saya pun dah pandai melawan) Jadi sampai hari ni dia tak hiraukan saya dan anak. Makan ke tak makan ke. Sedangkan dia tahu saya masih ada alahan. Nak taknak saya terpaksa tapau makanan luar untuk saya dan anak. Tu pun pesan sebungkus kongsi dua sebab nak jimat 🥲 sekarang ni saya tengah sedih sedikit, dah tu lapar, dah tu sakit dada, dah tu memikirkan nasib takde sape nak urutkan 😅 nak urut sendiri tak sampai pulak tangan ke belakang 😆 terkenang mak kat kampung. Kalau tinggal dengan mak.mesti takkan lapar dan ada je mak yang tolong urutkan 🥲 Tapi apakan daya, saya tak boleh meluah apa yang saya rasakan kat sesiapa yang saya kenal pun selama berkahwin. Doakan saya kuat uruskan diri dan uruskan anak tanpa hirauan dari suami sendiri. Malas dah nak doakan suami berubah, sebab dari dulu sama je. Saya penat berperang dengan emosi sendiri sebab perlukan emosi yang stabil demi anak. Sebab suami suka marah anak hari2, jadi saya terpaksa kuatkan emosi untuk tak marah anak sebab kesian kat anak kalau dua dua asyik marah. Sebenarnya, saya stress sangat 😞

31 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sis, kalau mak sis boleh bantu semasa proses mengandung dan berpantang nanti, saya sarankan sis check up di kg terus. Pergi ke KK, bgtau nk wat check up di kg dan bersalin di sana. Tp apa2 hal bgtau suami juga, sbb nnt masa bersalin dia kena ada kat sana. Proses reg anak blh di buat dimana sis tinggal nanti. Semasa mengandung ni la kena jaga makan, emosi dan fizikal sbb sis tgh bawa 1 lagi nyawa. Dlm duduk dgn mak tu, boleh la sis dan suami fikir panjang samada nak teruskan perkahwinan ni. Sbb peekahwinan sepatutnya menjadikan sis lebih tenang. Tp kalau takde semua tu, sis dah kena fikir masa depan sis dan anak-anak.

Baca lagi