Luahan ibu pregnant

Tengah alahan tapi alahan dah baik sikit dan tengah bergaduh dengan suami. 😂 Arghhhh normal ke perangai suami yang kurang peduli dengan isteri. Normal ke??? Ke saya je yang dalam kategori malang 😆 suami saya tak lah terok mana kot. Tapi boleh buat gaduh. Saya tak boleh masak pendek kata dalam fasa tak boleh nak urus diri sendiri dan anak. Jadi kalau makan pun jam 1 tengah hari baru nak makan sebab suami baru nak sediakan makan. Kena tunggu suami settle kan kerja baru boleh makan walaupun kerja suami tu boleh je tangguh. Tapi bab makan dia ok je beli apa yg saya nak cuma kena ikut time dia walaupun kita dah lapar, gastrik sangat. Pastu bila rasa sakit kena tahan tak boleh mengadu terus kalau suami baru balik. Kalau tak nanti kena marah. Dia kata biar dia rehat dulu. Boleh jugak macam tu eh. Habis kita ni kalau dah putus nyawa kena tunggu dia habis santai dulu? Sedangkan saya cakap je yang saya tengah sakit dada sebab saya takde sesiapa nak luah. Kalau nak minta dia urut belakang, dia akan urut tapi tangan sebelah memang tak lepas main fon. Bila minta urut satu badan dia kata nanti tunggu dia free. Tapi elok je ada masa main fon sentiasa 🥹 sampai dalam toilet memang setiap kali akan bawa fon. Tengah sakit pun dia boleh kata tunggu dia free baru nak urutkan. Jadi haritu kitaorang gaduh mulut. Dia cakap semoga kau semakin bodoh (sedangkan akademik kita lagi tinggi walaupun surirumah dan kita yang banyak tolong dia masa dia sambung belajar), semoga kau semakin pemalas (sedangkan sebelum pregnant saya yang masak, uruskan anak, uruskan rumah) semoga kau semakin bangang (sedangkan saya dulu tak pernah melawan sebabkan saya pun seorang manusia , saya pun dah pandai melawan) Jadi sampai hari ni dia tak hiraukan saya dan anak. Makan ke tak makan ke. Sedangkan dia tahu saya masih ada alahan. Nak taknak saya terpaksa tapau makanan luar untuk saya dan anak. Tu pun pesan sebungkus kongsi dua sebab nak jimat 🥲 sekarang ni saya tengah sedih sedikit, dah tu lapar, dah tu sakit dada, dah tu memikirkan nasib takde sape nak urutkan 😅 nak urut sendiri tak sampai pulak tangan ke belakang 😆 terkenang mak kat kampung. Kalau tinggal dengan mak.mesti takkan lapar dan ada je mak yang tolong urutkan 🥲 Tapi apakan daya, saya tak boleh meluah apa yang saya rasakan kat sesiapa yang saya kenal pun selama berkahwin. Doakan saya kuat uruskan diri dan uruskan anak tanpa hirauan dari suami sendiri. Malas dah nak doakan suami berubah, sebab dari dulu sama je. Saya penat berperang dengan emosi sendiri sebab perlukan emosi yang stabil demi anak. Sebab suami suka marah anak hari2, jadi saya terpaksa kuatkan emosi untuk tak marah anak sebab kesian kat anak kalau dua dua asyik marah. Sebenarnya, saya stress sangat 😞

32 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tolong lah angkat kaki. Anak belum keluar lagi dah buat perangai macam ni. Selama saya mengandung pun selalu gaduh dengan suami, tapi tak pernah lagi dia hina atau mendoakan benda buruk. Paling pun dia marah, dia diam. Tak pernah biarkan saya lapar. Saya kejut lapar 2 3 pagi pun dia okay. Waktu kerja balik kejap hantar makanan. Tu memang tanggungjawab dia. Bukan mengada, tapi kalau betul dia suami yang baik, dia tahu apa tanggungjawab dia

Baca lagi

lepastu dah dpt jantan musibat mcm ni ayat manusia2 di luar sana "kena jaga aib suami" "kena patuh nk dptkan syurga tertinggi" "jgn melawan, doakan je suami berubah" sedangkan ini dah kira abuse. bangang. org nk kawin dia nk kawin tp bangang tu nk pegang lg xnak lepas. tlg jgn pregnant lg sis dan balik la rumah mak time2 pregnant ni buat apa risiko kan diri sendiri dan anak2

Baca lagi

Sis, boleh tak sis blk pd mak sis... Saya x cadangkn pisah... Cuma untuk jaga diri sendiri dlu... Jaga baby dlm kandungan dlu... Dh duduk sana... Smbg dgn mak ayah apa jln terbaik selepas bersalin nanti yer ... Mak ayah kita x pernah buat kita mcm tu sis.... Busuk2 kita mak ayah tetap syg... Blk lh sis...

Baca lagi

saya rasa macam tak patut lah husband awak buat macam tu .. lagi kita tengah pregnant ni .. doa macam tu pulak .. saya tak rasa suami awak tu sayang awak sebab kalau sayang takkan dia nak buat macam tu .. sis better lepas ni awak fikir diri awak , jangan la mengandung lagi .. fokus pada yang ade ..

Baca lagi

Xnormal tu, tgh pregnant ni lah suami kena jaga kite, lagi2 bab alahan ni, tolonglah jaga anak, ini kalau macam gini gaya, dah boleh stop kak tambah anak, kesian kena hadap beban sorang, kalau laki sy macam ni mmg xde masa aku nak bagi tambah anak, kesian anak dapat bapak xguna

situasi sama macam saya tapi saya masih cuba bertahan demi anak walaupun mental dah koyak sangat. kuasa lafaz kat tangan suami kan. nak taknak bertahan jelah. nak tuntut tanpa sebab nanti kita pula yang berdosa. bersabar jelah sis. kuat demi anak2 💪

Sedihnya baca, teringat kan diri sendiri. Tapi tak seteruk awak sis. Semoga awak diberikan kekuatan ye. Harap awak lebih pentingkan emosi awak lepas ni, tak kira lah awak suri ke tidak. Awak pun ada harga diri. Dan awak seorang ibu 😭

kadang kita yg sensitive lebih, benda biasa kita ok tp time pregnant & lepas delivery tu kita over sensitive. kadang suami pun ada 'alahan' time wife pregnant. tk boleh tahan, you know where to go, jgn diam diri

gila ke suami awk tu😡😡😡..kalau dapat suami mcm ni,tak payah la mengandung lg lepas ni sis..besarkan yg sedia ade je..fokus mental health sis jgk.smpai masuk toilet pn bawa phone.

maaf cakap lah tapi bab tak lekang dengan phone tu sebijik macam ex hb saya dulu , eh know know tengah pregnant dia dok seronok dgan perempuan lain 😌😌😌