Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Berapakah had umur maksimum untuk melakukan ivf. Dari mana saya perlu mulakan. Saya kini berusia 44tahun. Mempunyai 1 anak.

Baca lagi
4y ago

Jika Puan masih berhasrat nak ada anak lg, Puan kena buat IVF cepat-cepat. Sebab kualiti telur bergantung pada umur. Mungkin Puan juga kena jalani ujian tambahan untuk pemeriksa semula embryo yang dah dihasilkan. Saya juga harap, profile kesihatan Puan juga masih bagus. Puan dah buat jalankan ujian saringan kesihatan ke belum? Sebelum buat IVF, saya cadangkan Puan buat dulu ya?