Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Dr Kami pernah melakukan ivf 4x tetapi tiada embrio yang cantik untuk ditransfer aku dibekukan. 4x buat di 2 centre berbeza. Adakah saya perlu mencuba lagi.sedangkan hasil sebelum ini sama. So far fertility check kami suami isteri adalah normal.

4y ago

Boleh ke saya tahu berapa usia anda dan pasangan? Adakah bawah 42 tahun? Kalau betul bawah 42 tahun, saya cadangkan untuk teruskan usaha untuk hamil. Pertama sekali, usia sangat penting untuk hamil. Kedua, jaga berat badan dan profile kesihatan anda. Yang ketiga, kena jaga pemakanan supaya berkhasiat. Paling penting, dapatkan nasihat nutritionist yang bertauliah tauuuu... jangan yang ramai-ramai kat Facebook tu. Setiap ubat/supplement/produk kesihatan tu ada kesan baik buruknya sendiri. Sebelum mulakan rawatan baru, pastikan anda berhenti ambil produk-produk ni selama 3 bulan dahulu, kecuali atas saranan doktor anda. Jika anda ada hubungan dengan suami, contohnya sepupu dekat, saya cadangkan buat ujian genetik.