Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salam doc, Nak tanya, selalunya berapa kali (minimum) seseorang tu perlu buat rawatan kesuburan (IVF) sebelum boleh hamil? Terima kasih

Baca lagi
4y ago

Dalam masa 2 tahun lepas Puan buat rawatan yang bersesuaian, kita jangka 50% akan berjaya hamil. Cuma beri perhatian ya, maksud rawatan bersesuaian di sini adalah mengikut cadangan doktor Puan.