Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam Dr Adilah, Saya ada rakan yang ttc. Adakah dengan adanya pcos menyebabkan beliau tidak boleh hamil? Dan sebenarnya adakah pcos yang menyebabkan haid tidak teratur?

4y ago

Walaikumsalam Puan... Perkataan S dalam PCOS tu maksudnya syndrome. Ada juga pesakit yang mempunyai masalah PCOS yang ringan. Ada juga yg mempunyai banyak kesan PCOS contohnya telur tak keluar dengan sekata. Kedua, masalah hormon lelaki berlebihan. Ketiga, mempunyai hormon insulin berlebihan. Keempat, diabetes. Kelima, kolesterol tinggi dalam darah. Keenam, penyakit jantung. Yang ketujuh, mungkin penyakit berkaitan kanser rahim. Yang penting, lazimnya wanita PCOS mempunya kantung telur yang banyak dan rawatan kesuburan pun ada banyak di negara kita. Contohnya, rawatan peringkat tertinggi seperti IVF. Yang pentingnya, dapatkan rawatan. Kalau rakan puan ada masalah berat badan berlebihan, perlu dapatkan nasihat pakar pemakanan kerana wanita PCOS sukar nak turunkan berat badan. Tapi ada juga yang kurus kena PCOS.