Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doc , sy nk tnya normal ke .. sy 33mnggu ada benjolan dikemaluan , sy cucuk gn jarum kkuar darah sikit .. ada ubat tak jual kt farmasi nk kecutkan benjolan ni ?

4y ago

Kalau benjolan berada di kawasan bibir berhampiran lubang faraj, besar kemungkinan itu adalah bartholin cyst iaitu kelenjar yang menghasilkan cecair pelincir sewaktu rangsangan seksual... apabila laluan tu tersumbat, sebab tu ada cyst tu. Itu mungkin berulang sbb dah tersumbat. Sebaiknya Puan jumpa doktor. Sekiranya perlu, lalui pembedahan untuk membuka laluan baru kelenjar tersebut. Kita takut, nanti berlaku lebihan sehingga terjadi jangkitan pula.