Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam doc nak tanya sye hamil 6weeks sakit perut mcm nak ke tandas normal ker?

4y ago

Kalau 6 minggu tu, selalunya payudara terasa lebih pejal dan puting menjadi sensitif. Selain daripada tu, kalau ada tanda-tanda lain, sebaiknya jumpa doktor. Kita risau kalau sebenarnya kandungan anda telah masuk 8 minggu, takut berlaku kehamilan luar rahim. Jarang pada tempoh 6 minggu, kehamilan luar rahim ada menunjukkan apa-apa tanda. Melainkan lokasinya di bahagian cornual pregnancy. Dapatkan pemeriksaan doktor segera.