![Tanda bersalin yang ibu pernah lalui?](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/assets/question_images/thumb_15700537899705.jpg?quality=90&height=400&width=500&crop_gravity=center)
4515 respon
![undefined profile icon](https://static.cdntap.com/parenttown-prod/profile_15637872962857.jpg)
Anak first taktahu tu sakit nak bersalin, bangun tidur nak turun katil payah, sakit pinggang sangat sangat, perut rasa memulas. Jalan pun pelahan then berendam dengan air panas. Lega sikit, 2hari lepas tu serah diri sebab kena czer baby breech. Sebelum ready nak czer doktor kata puan tak rasa sakit ke? Sebab puan contraction 5min ni, time ni mmg tak sakit macam 2hari lepas, doktor seluk tengok dah 2cm terus pi czer.
Baca lagiOctober lepas kena serah diri.. Ada GDM dan baby songsang.. 37mggu masa tu.. isnin petang warded, petang tu cek alhamdulillah kepala kt bawah then jalan dah buka 3cm.. selasa pg pkul 9 terus induce.. tgh hari lahir baby.. alhamdulillah mudah segalanya 😊
Semua dah rasa, cuma anak yg pertama je rasa air ketuban. Yg lain keluar darah, sakit mengeras, sakit pinggang mcm nak putus dua dan mcm2 la. 5 anak mmg lain pengalaman yg dapat. Yg ke 6 ni tak tahu apa plk harap2 semuanya baik2...aamiin
ank pertama pecah air ketuban,kedua sakit datang kerap,ketiga disrh oleh nurse p hospital cek, Alhamdulillah 3cm dah, keempat gerakan baby kurang dari 10 p hospital cek 3cm kena lg positif covid19.Lama jg dihospital 14hari🤣
Tak sedar bila pecah ketuban. Tau2, dah kluaq mcm cirit dkt underware tp xsakit nk beranak. Esoknya bru p Check Dr. dan Dr. Kata ank dah mkn taik 😅. Trus tolak LR dan induce. Selang 3 jam bru rasa nk meneran 🤭
Anak pertama pecah air ketuban dekat wad, anak kedua pecah air ketuban dkt rumah, anak ketiga doc pecahkan air ketuban dan anak ke 4 turun darah..rasanya sakit lg masa anak ke 4 turun darah..
2hari sblm beranak kerap membuang air besar. Esoknye turun darah dari tengahari then g hospital mlm lps suami balik kerja. Tengah mlm baru dtg contraction kerap sekali pecah air ketuban
tahan kontraksi sampai habis 5jam tiba2 termeneran. nahh...sambut diri sendiri bersalin atas tilam ward🤣 kelam kabut doc semua. Kenangan....hopefully 2nd ni semenggah la beranak..hee
anak first turun darah, 2nd & 3rd pecah air ketuban. yg 4th sekarang tgh otw, blm ada tanda2 lg.. harap x induce la, nervous pula baca pengalaman mumy2 yg kena induce 😅
Keluar darah, perut mengeras, bengkak kaki tak turun², kontraksi dan kerap ke tandas buang air kecil. Air ketuban doc yang pecahkan semasa nak bersalin.