Wound breakdown

Takde nak tanya apa cuma nak share, kot ada yang sama macam saya, boleh share story juga buat penguat diri. Saya bersalin czer, anak pertama. Sejak discharge lagi jalan memang sakit. Angkat kaki memang seksa. Tidur duduk, tak lena. Kejap kang terjaga. Takut nak baring sebab susah nak bangun, sakit sangat di bahagian jahit. Lepas 4 hari discharge, saya demam. Refer ke hosp. Ada jangkitan. Doct buka semua jahitan. Bermula lah episod mencuci daging sehari sekali di h osp 😂 lepas 2 hari “check in”, boleh discharge dah. Time ni alhamdulillah, boleh bergerak macam biasa. Tak sakit tapi still takut nak tidur terlentang. Cuci daging di KK sehari sekali, tapi hari ke 3 dah start kena cuci 2 kali sehari sebab banyak keluar air. Start cuci di KK, dah berani tidur terlentang sebab nak bangun tu tak sakit pun. Alhamdulillah bergerak tak sakit, bangun tak sakit, tidur tak sakit. Cuma masih kena berhati-hati bila bergerak. Pergerakan agak terbatas. Agak perlahan. Lepas seminggu cuci di KK, pergi jumpa pakar pula di hosp. Pakar check, katanya daging cantik. Dia ambil sample apa entah, minggu depan jumpa lagi untuk tahu samada sample tu ada jangkitan atau tidak. Kalau okay, boleh jahit. Kalau tidak, sambung cuci. minta mommies semua doakan saya ya. Saya nak cepat sembuh, boleh dukung anak, dodoikan anak, susukan anak dengan baik. Saya banyak hutang anak sebab saya takmampu menjaga dia seawal usia dia sekarang. Rasa bersalah sangat.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

In Sha Allah mommy harap awak cepat baik. Pantang makan betul2 ya agar luka luaran & dalam cepat baik. Saya dulu pun czer juga tp mmg limitkan pergerakan. Keluar hospital pun naik wheelchair. Di rumah pun duduk saja melainkan ke toilet jalan slow & nk bf pun baby diangkat beri pada saya. Kalau boleh luka tu jgn terdedah ya tp kasi lah angin2 sikit biar tak berpeluh. Makan makanan2 yg boleh tumbuhkan daging. In Sha Allah tak lama lagi baik lah tu

Baca lagi

smga mommy kuat ;) hr tu trbaca kt posting dr Harlina (isteri syeikh Muzaffar n ramai yg komen, dorg lg pilih cser berbanding normal birth. pelik jg kenapa lg prfer czer. pdhl bla baca posting ni, Allahu..cser tu menakutkan . smga Allah mudahkan urusan puan

Baca lagi