Sometimes serabut dengan mak sendiri

Tak tahu lah kenapa dia suka sangat menakut-nakutkan anak dia.... Anak saya prolonged jaundice and ahad ni kena ambik darah untuk check fungsi hati dan thyroid..... Mak saya dapat tahu je terus dia marah-marah kenapa tak bagi susu Karihome dari awal, kenapa beli Lactogen yada yada yada.... bebel Lactogen tu nanti anak jadi sembelit...tak sesuai untuk baby.. dia paksa-paksa minum Karihome tuh... Pastu dia suka cakap ayat macam "jangan sampai kuning tu serang hati dia" kenapalah taknak doakan atau sebut benda yang elok-elok??? Masa saya ngandung pun dia sebut benda macam kalau menurun dia susah beranak, baby besar..and memang betul saya jadi susah beranak...susah meneran.....memang dia taknak sebut benda yang elok-elok ke.. saya dahla dalam pantang ni..baru 16 hari pantang...emosi pun tak berapa nak stabil lagi cepat rasa stress dan sedih.. tadi saya susukan anak pun sambil nangis sambil doa tak berhenti supaya kuning anak saya cepat-cepat turun dan baby saya cepat sihat... semoga takde masalah dengan hati dan thyroid dia aamin.. kita sebagai ibu ni doa dan sebutlah benda yang baik-baik sebab doa kita takde hijab...

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pedulikan je mak awak tu sis. Anak saya yg 1st pun prelog jundice. Anak saya yg 2nd pun sama. Isnin minggu lepas baru amik darah utk check fungsi hati, thyroid dan darah merah dia. Alhamdulillah result dia okay je. Awak positif je, abaikan je apa yg mak awak ckp sbb yg menghadap semua awak bukan dia. Lagipun awak dlm pantang, fokus enjoy berpantang je sis. Kadang prelog jundice ni bergantung atas baby jugak. Saya setiap jam kejut baby menyusu dan baby banyak berak tapi still bacaan kuning dia turun sikit sikit. So jangan banyak fikir ya mummy. Takecare and jaga diri

Baca lagi