pantang larang
-tak boleh potong ayam, ikan -tak boleh pakai tudung belit2 cth shawl. Btol ke pntang larang ni rumit nya nk memikir

Secara jujurnya saya tak pernah ikut pantang larang semasa mengandung. Ada org ckp tak boleh makan sotong nanti uri melekat dlm rahim,tak boleh makan durian nanti ada kontraksi,tak boleh duduk depan pintu nanti baby tak nak keluar. Tp semua saya buat masa pregnant dua2 anak saya. Alhamdulillah smooth je baby keluar. Sakit pun paling lama 5 jam terus bersalin. Bagi yg muslim tu ingatlah Allah sebaik-baik penolong. Tak ada benda yg memudaratkan diri kita melainkan dgn izin Allah. Banyak2 berzikir masa perut dah mula sakit. Minta maaf dgn suami setiap masa. Ye la,kita bersalin ni antara hidup dan mati. Yakin dgn Allah,in shaa Allah urusan dipermudahkan. Saya bukan nak riak bagitau saya senang nak bersalin. Saya cuma tekankan pantang2 yang tak elok tu tak payah ikut. Yakin je dgn Allah,hati mesti tenang. Kalau pun jadi benda yg tak diingini semasa bersalin,itu semua sudah ditakdirkan dr awal. Bukannya sebab tak ikut pantang.
Baca lagi