Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani

Tahukah anda period tidak teratur ni boleh menjadi isu penting? Adakah period anda tidak menentu? Susah untuk mengandung? Mood berubah secara tiba-tiba? Pernah tak anda mendengar tentang PCOS atau PCOD? PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Manakala PCOD pula adalah keadaan di mana ovari menghasilkan banyak telur yang tidak matang atau separa matang, ini berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang buruk, obesiti, tekanan dan ketidakseimbangan hormon. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahu segalanya tentang PCOD dan PCOS dan cara untuk mengatasinya bersama dengan Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani pada 24 Februari, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doktor. bagaimana seseorang itu boleh menghidapi PCOS / PCOD? Bagaimanakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk mengelak dari terkena PCOS / PCOD?

4y ago

Langkah-langkah untuk elakkan PCOS adalah : Pertama sekali, adakah puan ingin cuba hamil? Jika ya, catat dan pantau tarikh period bermula dan berakhir, ini adalah asas pertama yang perlu diamalkan dan akan ditanya oleh mana-mana doktor biasa atau doktor sakit puan. seterusnya cuba amalkan langkah-langkah dibawah : 1. Buang segan dan malu dan jumpa pakar sakit puan 2. Elakkan stress 3. Amalkan pemakanan seimbang dan dapatkan berat badan ideal 4. Kurangkan gula untuk yang berisiko tinggi diabetes. 5. Elak kafein, rokok dan alkohol Dapatkan konsultasi hari ini dan buat pemeriksaan selanjutnya untuk betu2 mengetahui sama ada puan ada masalah PCOS atau tidak. Terima kasih