Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani

Tahukah anda period tidak teratur ni boleh menjadi isu penting? Adakah period anda tidak menentu? Susah untuk mengandung? Mood berubah secara tiba-tiba? Pernah tak anda mendengar tentang PCOS atau PCOD? PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Manakala PCOD pula adalah keadaan di mana ovari menghasilkan banyak telur yang tidak matang atau separa matang, ini berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang buruk, obesiti, tekanan dan ketidakseimbangan hormon. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahu segalanya tentang PCOD dan PCOS dan cara untuk mengatasinya bersama dengan Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani pada 24 Februari, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Dr June, salam sejahtera, saya nak bertanya, sejak setahun dua ni kitaran haid saya semakin sedikit dan sekejap. Jika dulu kitaran haid saya 7-8 hari, sekarang hanya 4-5 hari. Buat pengetahuan doktor, saya berumur 30 tahun dan mempunyai 1 orang anak berumur 2 tahun 5 bulan. Adakah itu salah satu tanda gangguan kitaraan haid? Bagaimana nak kenal pasti jika menghidapi PCOS? Terima kasih Dr.

Baca lagi
4y ago

Slm sejahtera Pn Nurul Syafikha, terima kasih atas soalan anda. Period seringkali berubah mengkiut hormon dalam badan kita. Kadangkala 7-8 hari, dan mungkin juga 4-5 hari, dan ada yang belarutan hingga lebih 10hari dan yang abnormal akan perlu rujuk pada doktor. Adakah puan sedang mengambil contraceptive? Ia juga akan memain peranan kepada mentrual puan. Puan boleh rujuk kepada doktor pakar, tiada isu yang serius di sini. Ya betul, kitaran haid yang tidak menentu merupakan salah satu tanda masalah PCOS. Puan perlulah monitor kitaran haid puan setiap bulan dan kelainan lain yang mungkin puan dapati. Jika ada tanda-tanda PCOS, puan boleh rujuk kepada pakar sakit puan. Sebagai langkah awal, puan perlu amalkan pemakanan sihat, gaya hidup yang sihat dan bersenam.