Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani

Tahukah anda period tidak teratur ni boleh menjadi isu penting? Adakah period anda tidak menentu? Susah untuk mengandung? Mood berubah secara tiba-tiba? Pernah tak anda mendengar tentang PCOS atau PCOD? PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Manakala PCOD pula adalah keadaan di mana ovari menghasilkan banyak telur yang tidak matang atau separa matang, ini berlaku disebabkan oleh gaya hidup yang buruk, obesiti, tekanan dan ketidakseimbangan hormon. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Ketahu segalanya tentang PCOD dan PCOS dan cara untuk mengatasinya bersama dengan Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani pada 24 Februari, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr R. June George, Pakar Obstetrik dan Genikologi, Pantai Hospital Sungai Petani
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai dr, salam sejahtera, saya nak tanya, apakah tanda2 pcos dan pcod? saya baru 2 bulan bersalin anak sulung, saya period bulan ni,hari pertama hingga hari ke 5 sikit dan makin sikit hari ketujuh darah period jadi banyak mcm baru hari pertama, kalau situasi mcm ni ada tanda2 pcos atau pcod ke dr? terima kasih dr

Baca lagi
4y ago

Hello, salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda, maaf diatas kelewatan membalas soalan puan. Saya cadangkan puan buat follow up di klinik kesihatan berhampiran atau pakar sakit puan, kerana terlalu awal untuk mengdiagnos sama ada puan mengalami PCOS atau tidak, kerana puan baru sahaja 2bulan melahirkan anak. Mungkin ada gangguan lain, saya syorkan puan dapatkan pemeriksaan segera. Terima kasih