Basuh Tangan Dengan Air Saja Tak Cukup, Cegah Penularan Penyakit dengan Mencuci Tangan Menggunakan Sabun dan Teknik Yang Betul!

Tahukah anda betapa pentingnya mengetahui cara cuci tangan yang betul?  80% daripada jangkitan penyakit terjadi daripada sentuhan dari tangan yang tidak dibasuh dengan betul. Mencuci tangan dengan sabun antibakteria dapat mengurangkan kemungkinan penyebaran penyakit berjangkit seperti pneumonia dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) khususnya di kalangan kanak-kanak. Individu yang bersin atau batuk pada tangan boleh menyebarkan penyakit berjangkit apabila tidak mencuci tangan selepas itu. Nah, dengan sentuhan sahaja ramai yang boleh jatuh sakit malah beberapa kes wabak penyakit berjangkit yang berlaku di Malaysia seperti SARS, H1N1 dan sindrom pernafasan koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV) juga tersebar akibat kekurangan penjagaan kebersihan tangan! Sempena Program Mencuci Tangan “School of 5” tahun ini, Lifebuoy telah bekerjasama dengan Tesco bagi program kesedaran kepentingan membasuh tangan dengan baik. Program ini bertujuan bagi menimbulkan kesedaran kepada kanak-kanak dan menggalakkan mereka membasuh tangan menggunakan sabun terutamanya sebelum sarapan, makan tengah hari, dan makan malam, selepas ke tandas, dan semasa mandi setiap hari. Vincent Chong, Pengarah Kecantikan, Penjagaan Peribadi & Penjagaan Rumah, Unilever Malaysia berkata program ini diraikan setiap tahun bagi mengingatkan diri kita bukan sahaja tentang kepentingan mencuci tangan tetapi juga menjadikannya tabiat dan amalan kita setiap hari. Apa Itu Hari Mencuci Tangan Sedunia? Hari Mencuci Tangan Sedunia merupakan hari peringatan sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah mencegah penyakit. Ia diraikan pada 15 Oktober setiap tahun diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing bertujuan untuk: - Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan - Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia - Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun. Untuk maklumat lanjut tentang Lifebuoy di Malaysia, layari www.lifebuoy.my. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hari Mencuci Tangan Global, sila ke www.globalhandwashing.org/global-handwashing-day. Jom sama-sama ajak ahli keluarga basuh tangan dengan sabun!

Basuh Tangan Dengan Air Saja Tak Cukup, Cegah Penularan Penyakit dengan Mencuci Tangan Menggunakan Sabun dan Teknik Yang Betul!
14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kena basuh tangan selalu...kadang basuh mcm bersih tp bakteria byk lagi

VIP Member

Ada suatu masa tu, HFMD tengah berleluasa. Memang beli yg besar terus!

Btul tu.. N sy juga stnby hand sanitizer dlm handbag.. ❤️

VIP Member

Perlu sanitizer skali 😉✌

Cuci tangan jamin badan sihat

VIP Member

amalkan 7 step, 😁

my fav brand!

good info.

VIP Member

Good info

VIP Member

👍🏻