3 Resepi Lazat Berasaskan Buah Ambrosia Apple, Diilhamkan Dari Datuk Chef Wan

Tahu tak anda sebiji buah epal boleh dipelbagaikan dengan bermacam bentuk resepi yang enak dan lazat terutama bila anda menggunakan buah Ambrosia Apples yang diterbangkan dari New Zealand? Kempen Amboi Ambrosia baru-baru ini diilhamkan dengan masakan tradisional Malaysia dengan menggunakan buah epal keluaran syarikat terbabit dan menyaksikan Datuk Chef Wan menyediakan demontrasi masakan secara langsung dengan tetamu dan rakan media. Antara hidangan lazat yang dipersembahkan adalah Ambrosia Grilled Calamari Salad, Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia Apples dan Ambrosia Apple Chutney. Jom kita lihat tiga resepi ini. Bolehlah nanti dicuba di rumah. Resepi 1 - Ambrosia Grilled Calamari Salad Bahan-bahan: - 3 biji buah Ambrosia apple dipotong halus dan nipis - 400 gram sotong yang sudah dimasak. - 1/4 betik muda dipotong jalur - Beberapa helai daun pudina - Daun ketumbar dicincang - 3 sudu besar gula - 2 sudu sos ikan - 2 biji jus limau Bahan untuk pes cili bawang putih - 3 biji cili merah - 3 biji cili padi - 3 ulas bawang putih Cara-cara membuat: 1) Dalam satu mangkuk, masukkan gula, pes cili bawang putih, sos ikan dan sedikit kapur. Gaul sekata. 2) Kemudian masukkan ambrosia apple yang sudah dipotong tadi, sotong, betik muda, daun pudina dan daun ketumbar. Gaul dan biarkan ia sekata. Kemudian boleh dihidangkan. Resepi 2 - Tom Yum Pumpkin Soup with Ambrosia Apple Bahan-bahan: - 2 biji buah ambrosia epal yang dipotong dadu. - 4 sudu besar mentega - 1 biji bawang - 500 gram labu - 3 sudu besar Tom Yum paste - 170 gram ikan tuna - 250ml susu santan kelapa - 2.5 liter stok ayam - 2 cm halia yang dihancurkan - 1 batang serai dihancurkan - Sejumlah daun ketumbar dicincang - Garam, gula dan secukup rasa. Untuk hiasan - 1/2 Ambrosia epal dicincang dadu - 50 gram ikan masin dicincang setelah digoreng terlebih dahulu. - 4 sudu besar susu kelapa - 1 sudu minyak cili Cara-cara membuat: 1) Dalam periuk, cairkan mentega dengan api sederhana. Kemudian masukkan bawang dan labu. 2) Kemudian, masukkan ambrosia epal yang dipotong, pes tom yam, tuna, santan, halia, stok ayam dan serai. Kacau selama 15 minit. 3) Seterusnya keluarkan serai dan halia. Kemudian masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Setelah itu, pindahkan sup ke dalam pengisar dan kisar sampai halus. 4) Dalam periuk berasingan, tuangkan sup campur tadi dan biarkan ia reneh seketika. Masukkan secubit garam dan gula sehingga ada rasa yang enak. 5) Hidangkan sup tadi bersama potongan dadu ambrosia epal. Resepi 3- Ambrosia Apple Chutney Bahan-bahan: - 5 biji buah ambrosia apple dicincang halus. - 3 sudu besar mentega - Sebiji bawang dicincang halus - 6 biji bawang putih dicincang halus - 4 cm halia dicincang. - 2 sudu serbuk kayu manis - 4 biji bunga cengkih - 2 sudu serbuk kunyit - 1 sudu besar serbuk kari - 1 cawan kismis kuning yang direndam dalam air panas - sejumlah ketumbar - 2 biji cili hijau dicincang halus - 1/4 cawan cuka - 1 cawan gula (boleh kurangkan ikut citarasa) - Garam secukup rasa Cara-cara membuat: 1) Dalam periuk, cairkan mentega dengan api sederhana dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia. 2) Masukkan kayu manis, bunga cengkih, serbuk kunyit dan serbuk kari. Teruskan menumis selama beberapa minit sebelum masukkan buah Ambrosia apple, kismis, daun ketumbar, cili hijau, cuka dan gula. 3) Setelah itu, perasakan dengan garam sehingga masak sempurna dan matikan api. 4) Biarkan Chutney sejuk seketika sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

3 Balas

VIP Member

wah, guna epal pun boleh buat macam-macam menu..kena cuba ni!

VIP Member

Nk try la, mcm sedap

VIP Member

Boleh cuba!

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan