sy tak tahu nak luah ke sape.. mungkin nampak mcm kecik hal ni tapi sangat³ terkesan pada sy.
Sy pernah gugur first baby bulan 11 tahun lepas, pastu sekarang sy dah 2bulan delay period.. check upt, alhamdulillah +ve.
Sy excited nak buat checkup tapi mak mertua halang.. cakap camni "anak mama 3bulan baru mama g check. Takyah la nak gembira sangat. "
sy yg dengar masetu mmg down giler.. sampai terdetik dlm hati, kenapalah laki aku boleh share mende gini dgn mak dia. 😑
Sblom² ni camtu jgk.. mase waktu sy berpantang gugur tu, mak mertua selalu banding² kan dgn anak dia.
"Anak mama minum jus mam***m sbagai suppliment tambahan.Mu minum la jgk jus tu syira, elok ntuk baby".. masalahnya mmg laa anak dia boleh beli dan minum tiap² hari suppliment tu sbb anak dia bila takde duit nak beli, paksa mama dia beli benda tu. Anak dia tak tahu bila mama dia takde duit, dengan kitalah mama dia mintak pinjam. 😔
Pastu duk bangga² kan anak minum ni bagus minum tu bagus..
Dah tu, kita nak beli benda² bagus camne untuk kita kalau duit kita pun dia pinjam selalu untuk anak dia? 😵
Masa berpantang gugur haritu.. mak mertua selamba panggil tukang urut tanpa discuss dgn kami suami isteri kos nya berapa², tahu² je kene bayar.. dibuatnya kami takde duit mase tu camne? kami terpaksa guna saving kami mase tu.. 😭
Mak mertua sikit² nak bandingkan dgn anak dia..kadang² stress melayan family mertua. 😵
Patot tak sy g buat checkup senyap²? kira berdosa ke sy lawan arahan?
sy kan pernah ada sejarah gugur, jadi taknaklah benda tu berulang lagi.. 😔#seriusnanya #pleasehelp #pregnancy
Anonymous