Smua tak kena di mata mak mertua 😭

Sy slalu terasa dgn mak mertua sy. Sy bkn duduk dgn dia pun tpi balik kdang2. Apa sy beli utk anak sy mesti mak mertua sy akn ckap ada yg lebih baik. Klau sekadar cadangan je x pe tpi dia agak memaksa. Car seat, stroller sy belikn slalu jadi issue. dia kta sy beli yg tak elok , anak tak selesa, mahal la. dia boleh cari yg lgi elok. klu skali dua dia ckap x pe tpi ni berkali kali. setiap kali jmpa mesti kna knapa tak beli ni tak beli tu. Dia tak puas hti tu sampai dia pegi cri second hand punya car seat dan paksa utk guna yg tu. bkn tu saja bnda2 kecik mcm lotion atau sabun sy beli kt anak pun smua x elok. kna ikut smua cadangan dia.. bila dengar bnyk kali cmtu sy rsa mcm sy ni tak dihargai..sy tgh struggle utk menyusaikan diri jga anak first sy. tak pernah pun dia puji apa sy buat.. jdi sy stress atau sy ni terlalu sensitif tak thu la.

21 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Samalah serba tak kena di mata MIL. Dari mengandung sampai anak dah 2 bulan lebih.. Saya kn kena czer, dia canang satu family dia bunyi macam teruk la kena czer ni, konon saya tak reti meneran la. Bukannya saya mintak. Nama pun emergency czer. Saya makan telur dalam pantang pun dia canang satu family konon saya degil dan memandai. Elok je badan saya makan telur. Luka pun cepat baik. Tapi di mata dia semua salah. Bukannya saya telan racun Anak saya menggelupur masa kena cukur rambut so rambut dia tak berapa sekata la. Dia bebel macam berdosa betul rambut anak tak sekata. Bukannya nak datang tolong cukur pun kikiki Beli carseat pun dia bebel tak bagi guna konon tulang baby lembut lagi blablabla. Malas layan. Semua lah tak kena. Tapi dia pandai cakap dekat suami saya (anak dia) saya ni menantu yang suka melawan, semua dia buat tak kena. Padahal saya ni yang semua benda tak kena. Sebelum ni saya suka jugak berbual dengan dia. Tapi dah beranak ni malas nak layan dia. Nak menyembang pun malas. Menyakitkan hati.

Baca lagi

mcm sy. awal NB, mmg sapu tropical cream kat anak, mil ckp xelok/ xberkesan nnt cepat masuk angin. dia cadangkan pakai yuyi. sy ckp, yuyi panas, xelok utk NB. katanya anak2 dia semua dia sapu. sy ckp, tapi ni anak sy. my rules. alhamdulillah ckp dgn sopan tapi tegas. suami ada ckp kat maknya, setiap ibu mesti nak yg terbaik utk anaknya. before kakak beli, kakak dah research semua. (mil panggil sy kakak). sejak dari situ, bila balik kampung, mil akan tanya, tu utk apa, ni utk apa kat sy. sy xmarah cuma tegas je. Kita pakai yuyi pun terasa panas, ni pulak NB😅😅😅...mcm crite sis, sis sabar je. ataupun buat xtahu. sbb kalau ambik pusing, nnt Kita yg stress Dan susu jadi sikit.. moga sis bertabah yer💪💪

Baca lagi

Sis as long as baby selesa, x sensitif, teruskan je. Buat derk je la. Husband pon kene juga bersuara, ni first cucu ke? Sampai macam caring nau mil?. Saya mil kadang2 cakap macam tu jugak tapi x de la pasal barang2, macam saya minum ais ke ape ke, lepas tu bilik pasang air cond macam tu padahal x kene direct baby pon, dan saya bukak untuk sejukkan bilik je, suhu pon 25c saya on, saya buat derk je. Ye kan aje, untuk ais tu saya senyum gelak je 🤣🤣

Baca lagi

lama kelamaan akan jd sekebal tembok bile ati awk outo dah malas nk melayan.apa y menyakitkan itu ibarat nyamuk lalu depan muka tp x menyinggah..maknanye apa y mil Kate ke bt ke dah mcm dgr x dgr.bile awk ikut rentak mil bt awk bertambah stress.just awk kena positifkan diri mgkin mil rindukan zaman dia jg anak dlu..n skarang nk bt ape y x sempat nk bt kat ank die🤭..nk y terbaik.nnt nk shopping bawak mil skali pastu mintak tlg bayarkan🤣🤣

Baca lagi

pertama sekali jgn berdiam..cuba suarakan hak kita sebagai seorg ibu kadang tu point2 dia nk kita stress bergaduh laki bini sbb dia cmburu...pngalaman sy...gitulah mak mertua suka kondem2 last2 sy sounds je ...terus..dan terus x bercampur dgn fmily toxic gitu ...lbih baik mjauh dari myakitkan hati...kita ni perlu sihat..bukan kena mental dgn fmily org ..sebaik apepun kita tetap dianggap org luar jugak.... this reality

Baca lagi

tak perlu awak minta pujian just buat apa yg perlu awak pun tak duduk dengan mertua so bila balik tu hadap jela kejap benda macam gini.. nak di tegur orang tua, faham faham jela kan apa dia cakap awak iyakan je lah, sebab susah kita nak ubah melaikan kita yg masuk dunia dia 😂 btw your husb tahu tak? cuba la bawak bincang dengan husb.. pendapat saya awak stress + sensitif..

Baca lagi
TapFluencer

your child your rule sis. bincang dengan husband pasal ni. minta husband draw the line supaya MIL tak masuk campur cara/preference sis jaga anak especially kalau dengan cara yg mmg sangat tak membantu tu. tak perlu rasa dihargai orang lain untuk jaga anak sendiri sis, tak perlu harapkan pujian sesiapa. just do it for your child.

Baca lagi

alaaa sis, ignore je.. manusia ni mmg x suka tgk org senang.. kita lebih salah.. kita kurang di katanye plak.. mulut tempayan bese la mn leh kita tutup.. mulut org blh lg tutup.. hehe.. sy ckp berdasarkn pengalaman.. lame2 da penat diam la dia.. sy ni sampai nk masok ank no 3 pon ade yg kepoh nk tentukan life sy.. tp bila depan2 x berani plak.. hehe

Baca lagi

Aahh selalu lah kan nampak salah kita je. Cuma tulah kadang MIL ni nak yang terbaik utk cucu dia cuma cara dia kadang2 tak kena. Dengar jelah jangan ambik hati. Gitu lah lumrah kalau kita nak bertahan bila balik kampung. Sengih ke senyum ke gelak ke kalau dia ckp apa2 yg kita tak suka😂😂😂 susah nak buat tapi lama2 dah kebal auto jdi sendiiri

Baca lagi

mak saya macam ni gak. saya layan je. biasa la orang tua dia nak menang, dia je lebih tau.... nanti bila berdua je dengan anak buat la mana yang terbaik untuk anak. cuba jangan stress nt susu kering. ( ini pengalaman saya). ye lama2 dia pun penat marahkan kita