Nak luahkan perasaan

Saya stress MIL sy mcm asyik critic cara sy jga anak. smua tak kena. Sy susu badan sepenuhnya alhamdulillah setakat ni. Husband sokong. bkn senang sbb keje nk curi2 msa pump, sy struggle tapi happy dapat bagi susu badan kt anak sy nk masuk 4 bulan dah. MIL sy slalu ckap susu badan tak ckup, kena tambah formula, kena bgi air la. Dia kta susu tu mkanan sahaja. Hri tu dia siap kta tak kesian ke kt anak nnti dahaga. Sy lama2 jdi stress bila benda sama je dia ulang. Dah explain knapa tak elok bgi minum air kosong dia kta plak anak2 dia dlu smua elok je. huuu sy tau org tua2 ada mindset lain, sy dengar je. Tapi risau takut dia curi2 bgi pulak. Saja nk luahkan sbb stress 😭

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

awak share ni dekat husband & mil awak. mesti ada ws group family kan. ini sy ambik posting dr page fb doctor imelda balchin pakar o&g. doctor ada terangkan kenapa baby bawah 6m xboleh minum air masak. JANGAN BERI BAYI MINUM AIR MASAK SEBELUM USIA 6 BULAN. Saya nak beritahu anda semua sebab-sebabnya. Sila share beramai-ramai, semoga semua ibu mertua mendapat ilmu pengetahuan ini. Masalahnya ialah kalau kata JANGAN tanpa memberitahu sebabnya, ramai orang tak dengar nasihat. Kita mesti mengetahui dan memberitahu sebab di sebalik semua nasihat yang disampaikan untuk membantu masyarakat berfikir dan menerima nasihat yang terbaik. Pertama: Badan bayi tak sama dengan badan orang dewasa. Kandungan air di dalam badan bayi memang pun lebih tinggi dari kandungan air di dalam badan orang dewasa. Lebih kurang 55% berat badan orang dewasa ialah air, tetapi 75% berat badan bayi ialah air. Maka bayi tidak perlu minum air seperti orang dewasa. Kedua: Kandungan susu ibu ialah 88% air dan rendah garam. Susu ibu mengandungi semua keperluan air dan garam untuk bayi manusia. Susu ibu manusia ialah kurniaan Allah yang terbaik untuk bayi Manusia. Tak perlu lagi tambah apa-apa air masak untuk bayi sebelum usia 6 bulan yang belum lagi boleh makan. Saya melarang ibu-ibu memberi susu lembu asli atau susu kambing asli kepada bayi sebelum usia 1 tahun sebagai pengganti susu ibu atau pengganti susu formula, sebab kandungan garam yang terlalu tinggi di dalam susu lembu asli atau susu kambing asli, selain dari mengandungi protein susu yang lebih susah dihadamkan oleh perut bayi manusia. Susu formula yang dirumuskan khas untuk bayi lebih baik lagi dari susu lembu asli atau susu kambing asli untuk bayi sebelum usia 1 tahun, sebab susu formula sudah dikurangkan garam, lebih air dan mengandungi protein yang lebih senang dihadamkan oleh perut bayi manusia. Saya juga melarang ibu-ibu memberi air masak kepada bayi sebab ini boleh menyebabkan terlalu banyak air dan kekurangan garam di dalam darah bayi, iaitu WATER INTOXICATION. Ketiga: Perut bayi sangatlah kecil dan tak boleh minum banyak-banyak sekaligus. Dia boleh ambil sedikit saja pada satu masa, sebab itulah cepat lapar semula. Sebab itulah bayi perlu minum susu ibu sedikit-sedikit tetapi dengan KERAP. Bayi perlukan protein susu ibu dan khasiat di dalam susu ibu untuk membesar. Di dalam air masak tidak ada apa-apa khasiat, tiada zat dan tiada protein. Jika anda penuhkan perut bayi dengan air masak, dia akan tak lalu minum susu ibu sebab perut dia sudah dipenuhkan dengan air. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan nutrisi penting untuk membesar dengan sihat. Keempat: Untuk payudara ibu membuat susu dengan banyak, ini memerlukan stimulasi dari bayi. Lebih banyak kali ibu menyusukan bayi, maka ada lebih stimulasi untuk payudara ibu membuat lebih susu mengikut keperluan dan permintaan bayi. Inilah dinamakan supply by demand. Jika anda dah bagi air masak kepada bayi dan bayi dah kenyang dengan air, maka bayi tidak akan mahu menyusu, akibatnya ialah payudara ibu pun akan tidak membuat banyak susu. Kelima: Bayi belum boleh makan maka tidak telan kandungan garam yang tinggi di dalam makanan seperti orang dewasa. Makanan pejal mengandungi kandungan garam semulajadi yang lebih tinggi dari susu ibu. Selepas orang dewasa makan, mestilah minum air secukupnya supaya darah manusia dewasa tidak menjadi terlalu pekat. Kalau tak minum air, orang dewasa akan rasa kehausan sebab kepekatan garam di dalam darah orang dewasa dikesan oleh otak yang kemudian akan signal kepada anda rasa kehausan supaya anda mencari air untuk diminum. Maka bayi yang belum makan tak haus macam orang dewasa. Kandungan garam di dalam susu manusia itu sangat rendah, lebih rendah lagi dari susu lembu. Maka bayi tak perlu lagi tambah minum air seperti orang dewasa yang makan makanan pejal. Selagi bayi belum makan, iaitu sebelum usia 6 bulan, bayi tak perlu minum air masak. Keenam: Buah pinggang bayi sangatlah kecil, belum lagi matang dan belum boleh lagi berfungsi seperti buah pinggang orang dewasa. Buah pinggang bayi tak boleh tapis terlalu banyak air untuk membuat banyak air kencing seperti orang dewasa. Jika orang dewasa minum banyak air maka lebih banyak air ditapis keluar sebagai air kencing. Tetapi buah pinggang bayi belum lagi boleh berfungsi sepenuhnya. Buah pinggang bayi tak boleh proses terlalu banyak air. Akibatnya ialah jika anda beri bayi minum air masak, darah bayi akan menjadi cair sebab terlalu banyak air berkumpul di dalam darah dan tidak dibuang oleh buah pinggang. Inilah dinamakan WATER INTOXICATION. ——————————————————————— Apakah komplikasi WATER INTOXICATION? Bila kepekatan garam di dalam darah menjadi terlalu rendah atau cair, iaitu hyponatremia, sel-sel badan tidak boleh berfungsi, termasuklah sel otak, sel otot dan sel jantung. Akibat WATER INTOXICATION ialah: Sawan, kelemahan badan, muntah berlebihan, kerosakan otak, coma dan kematian. Orang dewasa pun boleh dapat WATER INTOXICATION, sawan dan kematian jika minum 6 litre air sekaligus, tetapi bayi yang baru lahir boleh dapat WATER INTOXICATION jika diberikan minum air masak walaupun hanya sedikit. Kalau nak bancuh susu formula pun, ada arahan penting mengikut sukatannya. Jangan sengaja bancuh susu formula dengan terlebih air. Jangan cairkan susu formula sebab ini juga boleh menyebabkan WATER INTOXICATION kepada bayi. Pesanan saya yang terakhir, apa yang bagus untuk anda, jika diambil dengan berlebihan boleh menjadi racun. The dose makes the poison. Jadi jika anda tahu sudah ada cukup air untuk keperluan bayi di dalam susu ibu, anda tidak akan sumbat air masak di dalam mulut bayi. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikanlah ilmu ini beramai-ramai untuk kesihatan bayi-bayi kita. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health

Baca lagi
Post reply image
11mo ago

sama2 awak🌻. semoga urusan awak dipermudahkan❤️. awak mulakan share dgn husband awak dulu bahaya bg air masak dkt baby bawah 6bulan. bila dia dh faham kemudian dia boleh explain dkt mak dia

Hmm. Anak saya dah masuk 2 tahun pun mil saya masih macam ni. Dari pantang, sampai bab makan anak ada je tak kena. Apa boleh buat? Saya mampu bersabar jela. Kadang tu saya melawan je balik tapi takde rude sangat sampai dia bermasam muka. Point saya senang, kalau dia boleh cakap itu ini, saya pun boleh. Suami saya pun tegur juga dekat makpak dia tu. Dia pun stress perangai macam ni. 😅 Awak dan suami teruskan je ketegasan tu, remind je banyak kali, TAKBOLEH. Tak semua benda sesuai untuk anak kita. Ikut umur anak dan keperluannya. You've done your best as parents, dan kita akan always nak kan yang terbaik. Kalau dibuat juga perkara yang tak diingini tanpa pengetahuan kita, wallahualam. Semoga Allah lindungi lah anak kita.

Baca lagi

Saya pun dilema benda yg sama. Smpai stress nk berpantang. Anak umur dua hari dah sumbat susu formula. Sy smpai bengkak susu sbb susu sy mmg banyak. Dia kata semua anak dia, dia suap susu formula dan dia letakkan ubat kuning dalam susu formula. Sy tkut sgt jadi apa2 pd anak saya. Masalahnya suami plak menyokong, dia kata orang tua lagi byk pengalaman, anak dah ramai. Masalahnya MIL sy mmg tkde susu dulu, sbbtu dia bg susu formula..sy mmg amalkan fully breastfeeding sbb tau supply and demand. Berpantang pun ikut cara orang dulu dulu. Sy smpai stress dlm pantang. Banyak kali melawan tp dalam nada lembut. 🥲🥲 Sy lagi stress bila suami pun ikut sahaja.

Baca lagi
10mo ago

ye ke. hrap sis tabah. sy phm sngt rsa stress dlm pantang tu cmne. husband sy klu ikut dia mmg dia nk sy duk ngn MIL tapi sy ckap trus terang sy tak boleh stress bgi la duk rmh sendiri. jdi anxiety truk sy msa pantang . hrap awak tak stress sngt tuu.semoga kita istiqomah dpt menyusu anak. amin2

Teringat kat mil n fil saya, dorang cerita kak ipar saya which is anak first dorg balik hospital nb terus suap bgi rasa durian, lepastu skrg umur ipar sya tu da 40+ tau n by umur dia 20+ gitu dulu da diagnose ada kencing manis+darah tinggi, selain mmg hereditary penyakit tu, fil n mil duk pelik mcm mana muda boleh dpt da sakit bebukan, mana tak sakit awal, organ dalaman dri baby da kerja keras proses benda x patut mmg menempah penyakit awal la jawabnya, x semestinya elok je bby dlu makan seawal sbulan dua tu sihat je, cuba tgk kedepannya n masa panjang, segala sakit dtg awal. jdi sis tegas ya dgn pendirian sis, tu anak sis; ur child ur rules!

Baca lagi

awak, saya dulu mak sendiri yg selalu ckp susu x cukup. smpai kena bengkak susu. bidas je awak tp, dlm nada senyuman. 'susu bdan nie cukup je mak untuk baby. susu badan nie ikut supply and demand'.. 'klau susu formula nie kena try and error kang baby x berkenan dgn susu nie kena tukar susu lain kan dh membazir tepung susu, belum lg puting susu, baby x berkenan puting nie kena tukar puting lain' 'kesian duit anak mak nnti berterbangan'..

Baca lagi

kalau saya akan bidas saja.. Sampai 1 tahap mak mertua saya dah tak kisah hal anak anak saya. ada baik nya juga. bukan kita nak bermusuhan. tapi beri ruang pada kita sendiri untuk didik anak sendiri.. mak saya bila tengok pengalaman anak2 saya yg lain tu dye pon akhirnya akui cara saya sendiri itu betul. no doubt. awal2 memamg struggle lah. dgn stress lagi campur tgn mertua. saya pulak jenis kalau dah berkali kali saya akan berbunyi.

Baca lagi
11mo ago

kalau saya pun sama😅 tp tulah nak buat mcm mana kan, pertahankan hak sendiri ni SALAH, sibuk hal org tak salah langsung

i feel you sis. parents saya dgn mak mertua bagi petua bagi minum air masak supaya nanti baby akan biasa minum dan untuk cuci lidah. suami sy sebelum ni pernah bagi air masak sbb mak mertua sy suruh, then sy tegaskan hal sebegini. jangan sekali2 bagi air masak kat baby. parents sy sendiri pun, sy tak nak dgr. maklumlah org dulu2. bab2 anak cm ni sy memang tegas. x yah stress sis. ckp je yang betul.

Baca lagi

anak saya dah 3 tahun dalam proses nak potty train slow2 pun kena perli2 tpi lantaklah tu anak aku tak susahkan sape2 kau perli2 kau dapat dosa, pastu anak saya belum lg mahir guna sudu sebab dia picky eater bg dia makan sendiri mmg tak makan sampai sudah kena perli2 tp hati kering je sebab kita mmg tak susahkan sape2 pun tu anak kita bukan anak dia

Baca lagi

faham sis, sbb diorg dulu da biasa bagi itu ini tapi anak okay, n ikut pengalaman diorg sama. tapi zaman skrg lain, doktor sendiri pun suruh bagi 6bln. nnt ckp kt husband, suruh dia slowtalk dgn mak dia, nnt buka fb ke apa, suruh dia baca tgok apa kata doktor. n cakap jadi apa nanti sapa yg nak tanggungjawab. sbb ni anak korang ,

Baca lagi

awk tumpang umah mil sis.. nasihat sy buat tk thu je ng mak mertua awk.. kalau anak sakitt kite yg susah.. biasalah org tua dulu sume dia bedal kt anak dia tp zaman skgg anak sakit masuk hosp bkn dorg yg kisah kite jugk yg dsalahkan.. sbb tu mak mertua sy kata itu iNi sy bt xthu mls nak layan sgtt.. anak kite hak kite.

Baca lagi