Tanya pendapat

Sy nak tnya pendapat dlm group ni.. Sy suri Rumah sedang mengandung 7bulan Dan ada anak sorang berumur 4tahun.. Sy tinggal bersama mertua Adik ipar 1+1 lelaki prempuan.. n kakak ipar dah mempunyai anak 1org dah sudah bercerai.. suami bergaji bersih 1300..niat untuk keluar menyewa tu ada.. tapi Sy risau dgn kewangan Sy nanti.. Rumah yg ingin disewa dalam rm400 + bil electric+bil air mungkin dalam rm500.. soalan Sy mampu ke untuk Sy keluar menyewa dgn duit bersih rm800 sebulan tu ? Dgn anak 2orang.. Sy nak menyewa sbb rasa tak tertahan dgn sikap org dalam Rumah ni.. kami tak pernah bergaduh..

31 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya doakan semoga Allah swt permudahkan utk sis. Saya skrg ni pjj dgn husband. Seorang di utara dan seorang lg di selatan, kampung halaman kami mmg di utara sana, kiranya sayalah yg merantau. Bila balik berjumpa suami, selalunya kami bermalam di rumah ibu saya atau mertua. Rumah suami saya skrg ni mertua pun tinggal sekali termasuklah abang dia. Kalau di rumah ibu saya ada adik perempuan saya. Jadinya kami bermalam kat mana² rumah pun, akan ada sedikit rasa kurang selesalah disebabkan ipar yg berbeza jantina ni walaupun setakat ini tiada berlaku masalah apa² antara kami. Tapi kami hold dulu plan utk menyewa rumah disebabkan ada komitmen lain plus kami masih pjj. Jadinya saya nak sampaikan pd sis, saya yg balik bermalam sebulan sekali pun ada rasa kurang selesa apatah lagi kalau sis yg menetap sekali. Jadinya kalau ada rasa kurang selesa, ada baiknya sis pindah shj. Ya faham kegusaran berkenaan kewangan tersebut tp saya yakin boleh diselesaikan, inshaAllah. Bila duduk rumah sendiri ni walaupun menyewa, kita bebas nak buat apa, contohnya sis nak berniaga kecil-kecilan utk support kewangan suami pun boleh. Apa yg penting, sis dan suami serta anak² happy bila tinggal bersama.

Baca lagi