Perlukan pendapat ibu ibu di page ni

Sy nak luahkan sedikit.. sy bersalin di kelantan which is kg belah mertua. Pada mulanya sy tak stuju utk bersalin dan berpantang di kelantan. Atas desakan dan pujukan ibu mertua sy terima dgn atas rasa kesian dan mengalah. Sy first mom tapi sy yakin sy boleh buat sndiri pada awalnya sy nak ambik CL tapi dibantah oleh mertua katanya membazir dan dia sanggup utk jaga sy dlm pantang. Utk pengetahuan, keluarga sy tak dpt nak jaga disebabkan adik beradik sy anak2 mereka masih kecil dan sy merupakan anak bongsu dari 4 beradik. Mak juga sudah meninggal ketika sy berumur 15 tahun. Sambung dari kisah td, sy agak kurang selesa di rumah mertua memandangkan suami pula pulang bekerja di KL. Tinggal sy dan anak dirumah mertua. Kejadian bermula petang td dimana sy mendengar anak sy menangis dan terkejut apabila sy menjenguk ibu mertua sy hampir menyusukan anak sy atas alasan budak2 tak elok nangis dan lepas dia nampak sy dia gelabah dan pass anak pada sy. Sy terdiam dan mengadu pada suami dan suami juga ada tegur mak mertua sy pada waktu pagi jgn susukan anak ketika anak menangis just pada pada sy utk menyusu. Tak disangka kejadian pagi tu bersama suami berulang di waktu petang selepas suami sy pulang ke KL. Sy juga seorang yg ada anxiety bila mana sy perlu tidur seorang diri. Sy asyik terfikirkam suami dan nak balik KL. Tapi sy bersalin secara czer seminggu yg lepas. Ikutkan sy dh kuat utk jalan apa smua dan ikutkan hati sy nak balik minggu dpn. Tapi sy buntu boleh ke kalau seorang ibu czer travel pulang ke KL selepas 2 minggu bersalin? Sy betul2 rasa tak selesa duduk disini dan tak dinafikan ibu mertua sy baik cuma sy kurang selesa dgn apa yg terjadi dan sy perlukan suami disisi sy. Tolong bantu sy ##firstmom #ingintahu #newmom

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

anak kedua dulu baru 2 hari dok rumah mertua kt kg, saya dah meraung² "nak makk!!.. nak mak!!" kalu ingat balik mmg kelako tp x selesa pantang rumah mertua sbb mcm semua serba x kena.. mujur suami ikutkan jugak anto rumah mak kt kl.. walaupun mak x jaga sgt, tp kita selesa.. bebas.. anak ke3 dah pantang sendiri wpun czer, better dok dekat dgn suami.. penat, tp puas.. xde org nak bebelkan kita, xde org nak komplen & kita pon xsegan² nak susukan anak..

Baca lagi

it's okay awak, kalau nak balik, balik la. sambung pantang kt rumah sendiri, kalau tak boleh, upah CL , ignore je mil kata apa, dari awak stay tapi awak tak okay. tambah awak ada axienty kan. nak balik sana, bole. tapi suruh husband drive n kena prepare utk bagi awak selesa la. n baby pula, kalau ni minta tolong ssapa pegang kan ke. apa pun ikut je keputusan awak .

Baca lagi

kalau awk tkselesa better awk balik bwak anak awk blik rumah awk kt kl dkat husb awk, mse pntang ni perlukan support dri husband, biar sme ii jaga baby, awk suruh husband amik awk balik kl, tkpun balik senyap ii ke 🤣,, sy faham tkselesa kan bila mil buat mcmtu, so awk kena berkeras skit tu anak awk, jaga diri sis, klu awk dh smbuh.bolela mntk cl.jgakan

Baca lagi

try la kt area rumah mil tu naik kereta pusing2 if ok then balik kl la ye.. kalau sy pun sy rela kuatkan diri dr duk dgn dorang walaupun semua baik layan kite mcm anak raja dh., tp keselesaan tu tetap kt rumah sendiri