Pendapat ibu ibu

Nak tanya pendapat ibu-ibu di page ni.. sy skrng tngh berpantang di rumah mertua di kelantan diatas pujukan ibu mertua untuk jaga. Adakah normal sekiranya kita tngh busy tngh mandi atau tngh makan then mak mertua kita sua kan tetek dia pada anak kita atas dasar tak mahu anak menangis. Adakah benda ini normal? Sejujurnya sy kurang suka bila mak mertua buat mcm tu dan ini bukanlah pertama kali dan ianya dah 3 kali.. dpn sy pun dia berani buat bila kita mintak anak kita dia cuma cakap ‘ takpe umi tlong kan’ sy jd kurang selesa dan rasa mahu berpantang sndiri di KL. Tak dinafikan mak mertua sy jaga makan minum sy dan dia baik cuma sy tak boleh terima yg itu. Walaupun sy czer insyaAllah sy yakin boleh jaga anak sy sndiri. Skrng sy dh berpantang hampir 2 minggu sekiranya kalau sy balik KL adakah ia membahayakan luka czer sy? So far luka czer dah makin baik. Dgn keadaan sy yg anxiety bila mana suami jauh dari sy makin buat sy tertekan dan hampir stiap hari contact suami dgn menangis2. #bantujawab #bantusharing #ingintahu #newmom

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

klu sy pun takkan sng klu mertua buat mcmni. klu nk tenangkan dia, suap sikit jari kelingking saja..ni sy dpt dari misi, dia yg ajar in case bby meragam tiba2. cuma pastikan jari kita bersih. sy pantang dkt rumah mertua seminggu lebih saja, smntra luka czer nk kering. dh kering sy balik rumah pantang sendiri..mudah.

Baca lagi
2mo ago

Sis nak tnya waktu otw balik rumah sis tu so far okay ke luka czer? Mcm mana nak tahu luka nak kering? Sbb sy nak balik tu jarak perjalanan jauh dari kel-kl so makan jam jugak smpai.. boleh bg advice?

maaf tak normal. bukan mil je. kalau mak saya yg sua tek dia ke anak saya pun sy takleh terima. kenap perlu sua tek kat budak ? tek dia tu pun confirm2 tade susu kan. baby ni akan belajar self soothing tak perlu nak bagi tek memanjang.

pelik2 nya la perangai..sis cakap la baik2 jangan buat mcmtu kat baby..