Sy cuma nak share pgalaman.
Sy nikah 17 dec 2021, kebetulan 16 dec 2021 sy last period. Lepas tu, selama 3 bln tak dtg. ingat ada lah rezeki, setiap bln check satu line.
Jumpa doktor puan, tanya kalau ada ketumbuhan cyst ke rahim tturun ke apa ke. Doktor kata takde, dan doktor bagi ubat lancarkan darah haid. Tapi sy tak makan, sy buat research psl ubat lancarkan haid. Byk review yg ambik ubat lancarkan darah haid mula bgantung pada ubat tsebut utk dptkan period yg teratur. Means if dorang tak makan, dorg takkan period.
April 2022 awal bln, sy period.
Mei 2022 sy tak period.
June 2022 sy period.
July 2022 sy tak period.
August 2022 sy period.
Sept 2022 sy tak period.
Masa lewat sebulan, sy tak check, sbb ada satu je lagi pregnancy test. Sbb sy rasa period sy yg tak teratur.
Syg plk klau pakai, kluar satu line, kecewa je rasa nnti sbb tggl satu je pregnancy test.
Malam 25 sept tu, husband suruh check.
Pagi 26 sept tu sy check, kencing yg ptama, keluar double line. Disbbkan husband keje pagi, malam tu kami ke klinik puan, nak confirm kan sama ada sy mgandung atau tak. Doktor ajak scan, tkejut jgk lah.
Dlm hati takut, mana tahu pregnancy test tu rosak.
Bila scan doktor kata ada dh kantung, dan usia kandungan 3 weeks. Dan doktor suruh dtg semula 3 minggu lg (17 oct).
Nak kata sy jaga makan, tak jgk.
Minum manis, klau blh hari2 layan tealive.
Kat rmh plk hari2 buat air manis, milo, green tea, nescafe ice.
Tapi, lepas habis period bln august 2022 tu.
Apa yg sy buat? sy buat.
Setiap kali solat, SUJUD TERAKHIR tu. Sy sujud lamaaaaa sgt. Sy meluah, sy menangis.
Sy ada buat solat tahajjud jgk, sy buat skali je.
Mcm biasa sujud terakhir, sy sujud lama sgt, menangis2 meluah kat Allah.
"ya Allah yang maha pemurah, yang maha pemberi, engkau berikan lah rezeki anak untuk aku dan suami sbagai pyeri dan pelengkap hidup kami. sbagi pyeri dlm kluarga aku dan kluarga suami. ya Allah, period aku tak teratur ya Allah, aku taktahu mcm mana nak kira waktu subur, aku tak tahu mcm mana nak usaha dptkan anak, ya Allah, andai kata engkau akan berikan rezeki anak kepada kami, cepat atau lambat aku redha ya Allah, aku pasrah ya Allah"
dan sy masa tu betul2 pasrah dan redha, sy tfikir klau ambik masa 1 tahun lg baru dpt rezeki anak pn sy pasrah.
Allah maha mendengar. sebulan lepas tu sy mgandung. sy taktahu doa sy yg mana Allah tunaikan. sama ada masa sy doa sujud terakhir solat biasa atau masa solat tahajjud.
Ohya, selain tu. Sy pernah jumpa satu kucing jalanan, lapar sgt, so beli lah wetfood. Sy kata kat kucing tu,
"meow meow, doakan suami sy dimurahkan rezeki ye? doakan sy dpt merasa rezeki anak, ye meow2?"
sbb sy ada baca, kucing klau bdoa, Allah dgr.
Sy doakan pejuang dua garis akan dpt menikmati perasaan saat melihat double line keluar. Sy doakan pejuang dua garis dpt menikmati perasaan yg sy rasa. Sy pejuang dua garis selama 9 bln pn dh merana. Apa lagi yg lebih lama dari sy.
Sahida Mustaffa