Minta pendapat

Hi, sy 1st mom . Pregnant dah 17w . Then, mmg kerap sembelit . Kdg² sampai jem dah segala anggota meneran tp tak membuang jugak walaupun rasa dah hujung² nak kluar da "saham" tu . Risau kalau terlebih teran kang effect pada kandungan . Ada tips tak dari ibu² yg berpengalaman ?

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham bahawa anda menghadapi masalah sembelit semasa hamil dan ingin mencari tips daripada ibu-ibu yang berpengalaman. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu mengatasi masalah sembelit semasa hamil: 1. Minum banyak air: Pastikan anda meminum banyak air setiap hari untuk membantu melonggarkan najis dan mengelakkan sembelit. 2. Makan makanan tinggi serat: Perkaya diet anda dengan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian. 3. Senaman secara berkala: Lakukan senaman ringan seperti berjalan atau senaman prenatal untuk membantu menggalakkan pergerakan usus. 4. Elakkan makanan yang memperparah sembelit: Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula dan garam yang boleh menyebabkan sembelit. 5. Rundingkan dengan doktor: Jika masalah sembelit berterusan, rundingkan dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai. Saya harap tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit semasa hamil. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, jangan ragu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan. Selamat menjalani kehamilan! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

saya dari dulu sejak baby mmg sejenis sembelit. sejak mengandung bertambah tambah sembelit sampai beli ubat pam. dalam seminggu ada la dua kali je membuang. tapi baru baru ni saya minum yakult tiga botol sekaligus. dua hari berturut membuang 😂 lagi satu makan petai. tiap kali makan sambal udang petai, mesti menjadi 😂 cuma bau toilet sikit la. sis cuba la ya. saya faham sangat sembelit tu. kadang sampai menangis 🫠

Baca lagi
5mo ago

betul tu . mmg airmata nonstop sis . huhuhu

banyakkan makan buah naga sis , hritu sy pon mcm tu juge , dekat setengah jam dok teran2 tp x kuar2 jugak , last ikhtiar makan buah naga , Alhamdulillah skg ni dh x sembelit lagi , skg amalkan makan buah naga jer

sis boleh telan lactulose. tapi mcm saya sbb tak nak biasakan ambik ubat saya makan cili/pedas banyak² baru boleh membuang 😂 makan la sayur buah berserat, minum air banyak bagai tetap sembelit

6mo ago

sy makn pedas jugk tp ttap la sembelit . org ckp makan pisang tp pon sama jugk . huhu

Minum air banyak, makan sayur & buah banyak. Nti x sembelit dah. Sy pn kdg2 sembelit tp bila makan sayur & buah & minum air banyak dah xde sembelit dah.

sis blh minum sunquick utk kurangkan sembelit...sy amalkan minum sunquick lpas mkn..mmg senang mbuang..

jangan paksa teran sgt. takut kna buasir

6mo ago

tu lahh takut nak teran lebih2 . last2 bertapa dlm toilet . 😂

boleh guna anema