Sesi Tanya Pakar bersama En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd

Sudahkah ibu ayah mengambil insurans untuk diri sendiri dan anak-anak?Adakah pelan perubatan anda memberikan anda perlindungan ke atas semua penyakit dan kecederaan? Adakah anda patut ambil pelan yang murah sahaja? Adakah pelan perubatan anda akan melindungi keadaan kesihatan anda sekarang? Setiap individu kini digalakkan untuk mengambil insurans kerana dengan keadaan virus sekarang, macam-macam boleh berlaku. Harini kita sihat, tetapi esok mungkin kita jatuh sakit yang teruk. Siapa nak tahu kan? Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pelan insurans dan pelan apa yang terbaik untuk anda dan keluarga jom ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan tentang apa yang harus dipertimbangkan sebelum mendapatkan insurans serta keperluan mengambil rancangan insurans khusus untuk keperluan keluarga bersama dengan En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd pada 17 Mac, hari Khamis, jam 3 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Mr Liew, betul ke insurance utk baby hanya boleh diambil selepas baby lahir? ada beza ke kalau ambil insurance biasa dengan takaful? thank you

Baca lagi
4y ago

Insurance baby boleh diambil seawal 13 - 36 minggu mengandung. Tiada perbezaan dari segi perlindungan , tetapi Takaful tertakluk kepada undang undang Syariah dan kerajaan dan insurance tertakluk kepada undang undang kerajaan.