Sesi Tanya Pakar bersama En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd

Sudahkah ibu ayah mengambil insurans untuk diri sendiri dan anak-anak?Adakah pelan perubatan anda memberikan anda perlindungan ke atas semua penyakit dan kecederaan? Adakah anda patut ambil pelan yang murah sahaja? Adakah pelan perubatan anda akan melindungi keadaan kesihatan anda sekarang? Setiap individu kini digalakkan untuk mengambil insurans kerana dengan keadaan virus sekarang, macam-macam boleh berlaku. Harini kita sihat, tetapi esok mungkin kita jatuh sakit yang teruk. Siapa nak tahu kan? Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang pelan insurans dan pelan apa yang terbaik untuk anda dan keluarga jom ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan tentang apa yang harus dipertimbangkan sebelum mendapatkan insurans serta keperluan mengambil rancangan insurans khusus untuk keperluan keluarga bersama dengan En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd pada 17 Mac, hari Khamis, jam 3 petang. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama En. Liew Song Aik, Consultant, BUSS Consulting (M) Sdn Bhd
13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Selamat petang En. Liew, bagaimana untuk memilih pelan insurans untuk keluarga saya? Jumlah pendapatan kami hanya RM5000 sebulan dan kami mempunyai 3 orang anak.

4y ago

Family Medical Takaful yang paling jimat dan sesuai untuk seluruh keluarga. Untuk pencari nafkah, amat disyorkan untuk mendapat perlindungan insurance hayat dan penyakit kritikal kerana ini akan menolong mengantikan sumber pendapatan untuk sekeluarganya.