#DRIMELDA - SIHAT JANGKA MASA PANJANG

Sudah ramai wanita yang makan jamu datang berjumpa saya tentang masalah kesihatan wanita. Mereka kata mereka makan jamu, tetapi mereka ada obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Saya bagi nasihat. Puan, untuk penjagaan kesihatan jangkamasa panjang, jamu bukankah ikhtiar atau penyelesaiannya. Kita perlu berusaha mencegah obesiti, Diabetes dan tekanan darah tinggi. Inilah recipe tiga serangkai yang memberi risiko tinggi mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser dinding rahim. Untuk mencegah penyakit-penyakit ini, Puan perlu berusaha lebih lagi dari makan jamu. Jamu tu tak berguna langsung untuk mencegah penyakit-penyakit ini. Apa yang Puan perlu buat, ialah: 1) Kurangkan berat badan melalui pemakanan sihat, kurangkan kalori dan bersenam dengan kerap. 2) Kurangkan makan gula dan kawal diabetes. 3) Kurangkan makan garam dan kawal tekanan darah tinggi. Jangan lupa, mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah penyakit dengan cara dan ikhtiar yang betul. Ramai wanita sihat tanpa jamu kerana berusaha menjaga kesihatan dengan cara yang betul. Mereka sihat tanpa jamu sebab rajin bersenam, tidak makan berlebihan, elakkan makanan berproses, tidak tambah gula dalam minuman, hadkan garam dalam makanan dan tidak benarkan berat badan naik ke tahap obesiti. Inilah dinamakan gaya hidup yang sihat. Jangan kata kita tak boleh menjadi wanita yang lebih sihat. Kita boleh jika kita sanggup berusaha. Ikhlas dari saya, Pakar Kesihatan Wanita

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Yess!, yg menjadi racun dlm badan kita adalah dari pemakanan kita sendiri. jaga pemakanan, aktif bersenam inshaa Allah badan sihat. No Need Jamu2 lahhh!😂

5y ago

Tp skrg, ubat utk pesakit buah pinggang pun ada dijual o9 sis

VIP Member

Bersenam.. Gula... 😩😩

setuju 😁