sekadar perkongsian (Datuk Dr Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi)

Biasanya wanita bila dah masuk usia 30-an mula terfikir untuk kekal awet muda dan bertenaga. Lagi-lagi yang bersalin dan mempunyai anak lebih dari seorang. Macam-macam difikirkan, terutama bab kesihatan dalaman dan aset wanita. Ini antara situasi biasa yang berlaku pada kebanyakan wanita. Disebabkan inilah ramai dari kalangan wanita mula memikirkan untuk mengambil jamu atau suplemen.  Malah banyak iklan-iklan yang menawarkan cantik luar, cantik dalam dengan makan jamu. Dengan pelbagai khasiat dan kebaikannya ibu-ibu mula rasa nak mencuba tapi hakikatnya tidak pernah pun memikirkan kesan sampingan jangka panjang. Menurut Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, Datuk Dr Rushdan Noor pengambilan jamu antara salah satu punca kanser rahim. Berikut antara perkongsiannya Seorang lagi pesakit kami berusia 45 tahun dikesan menghidap kanser, iaitu kanser rahim selepas mengamalkan jamu selama 10 tahun. Kali ini jamu yang berbeza dengan kes yang pernah saya ceritakan dalam posting saya yang lalu, rujuk di pautan bawah: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211398874315404&id=1468333443 Beliau dikesan menghidap kanser rahim apabila mengalami pendarahan haid yang tidak tetap. Memandangkan usia sudah melebihi 40 tahun, ujian mengambil sampel dinding rahim dilakukan dan laporan makmal mengesahkan kanser rahim iaitu daripada jenis “Endometrioid adenocarcinoma”. CT scan juga menunjukkan adanya sista pada kelenjar ovari beliau. Kami hairan kerana pesakit ini tidak mempunyai ciri-ciri dan risiko-risiko menghidap kanser rahim seperti obesiti, diabetes, darah tinggi, infertiliti ataupun menghidap PCOS.  Akhirnya beliau mengaku sudah mengamalkan sejenis jamu selama 10 tahun. Jamu ini jenis yang berbeza daripada kes yang lalu dan juga dikenali ramai. Beliau sudah menjalani pembedahan mengeluarkan rahim dan kedua-dua belah ovarinya. Kes ini memberi petunjuk bahawa risiko kanser wanita yang mungkin dibawa akibat amalan jamu tidak tertumpu kepada satu jenama sahaja tetapi juga jenama lain. Mungkin ramai lagi yang mengalami masalah yang sama tetapi menyembunyikan amalan mereka. Ini cuma penyakit kanser, banyak lagi penyakit-penyakit lain yang boleh dihidapi oleh wanita-wanita yang mengambil jamu akibat daripada bahan yang terkandung di dalamnya. Saya menasihati wanita-wanita yang mengamalkan jamu supaya memantau kesihatan mereka dan bertemu dengan doktor segera jika mengalami masalah haid, perut kembung ataupun sebarang gejala-gejala yang meragukan. Sikap paling bijak adalah jangan mengambil sebarang jamu, anda juga boleh menjimatkan wang. Datuk Dr Rushdan Noor Pakar Perunding Ginekologi Onkologi

sekadar perkongsian (Datuk Dr Rushdan Noor,
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi)
12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ada kelulusan kkm xsemestinya selamat ye sis2 semua. Org zaman skrg asal ada kkm je selamat padahal tak pun. Amalkan je la gaya hidup sihat. Xpayah sgt nak bergantung pada jamu pe benda semua tu. Buang duit. Body cantik muka lawa mcm mana pn kalau laki dh gatai xguna juga.

4y ago

Tp tu laa,kadang terpikir mcmna produk x bape kualiti tp ada kelulusan kkm?? Sebab pengguna nii nak tahu baik ke x produk cuma tgok ,ada logo halal n ada lulus kkm terus kata selamat digunakan.

Saya memang tak berani nak ambik jamu segera nie. Kalau nak makan jamu pun yg ori bidan buat tu, kakak saya suka makan jamu sampai rahim bengkak, kawan saya pun sama rahim bengkak. Ikut pada ketahanan badan orang Dan brand jamu itu juga.

Sebab tu saya tak makan segala jenis mak pak jamu....yg penting banyakkan makan makanan berkhasiat,rajin2 exercise (buat kerja rumah pun kira exercise)..biaqla badan berisi sikit sbb suami tak kisah...lantakla apa org luar nak kata

Ade alternative lain Tak selain jamu, tpi ade one of my friend mmg dia xamik lnsung jamu. Dia cuma amalkan vitamin je , and vitamin C utk sembuhkan luka...

5y ago

Aah betul tu , hehe kann vitamin powder tu rasa Ade je jual online

VIP Member

Tak berani la mkan jamu , lagi pun ade doc ckp rahim akan kecut sendiri nanti , jamu ni just orang nak buat duit je sebenarnye

VIP Member

Thanks info. Saya pun langsung tak makan jamu tapi tu la makcik² bising 😅

Jamu buat sendiri,biasa buat kunyit asam

Lebih baik buat sendiri....😉

Terima kasih share☺️

Tq info...👍