101 Boleh! by Dr Imelda

Ada netizen kata, “Prof ni, semua nak bash, ini tak boleh, itu tak boleh.” Jawapan saya untuk anda yang ada pendapat berat sebelah macam ini: Anda semua tak bacakah posting-posting saya? Marilah kita buat ulangkaji 101 perkara yang saya dah selalu kata BOLEH! BOLEH! dan BOLEH! 1) Boleh vaksinkan anak-anak anda. 2) Boleh bersenam dengan kerap. 3) Boleh makan laksa dalam pantang. 4) Boleh berhenti pantang selepas darah nifas kering walaupun belum sampai 40 hari (inilah pantang dalam Islam). 5) Boleh buat senaman Kegel semasa kehamilan. 6) Boleh buat senaman Kegel selepas bersalin dari DAY ONE sampai seumur hidup. 7) Boleh minum air ais semasa berpantang. 8)Boleh minum air ais semasa haid. 9)Boleh buka aircond selepas bersalin. 10) Boleh pasang kipas selepas bersalin. 11)Boleh bukak setokin sepanjang tempoh pantang. 12) Boleh makan buah-buahan selepas bersalin. 13) Boleh makan sayur-sayuran selepas bersalin. 14) Boleh makan telur selepas bersalin. 15) Boleh makan ayam selepas bersalin. 16) Boleh makan buah nenas semasa hamil. 17) Boleh bersenam semasa hamil. 18) Boleh mulakan senaman ringan mengikut kemampuan badan selepas bersalin. 19) Boleh makan ubat tahan sakit seperti panadol semasa haid yang sakit. 20) Boleh mandi basah rambut semasa haid. 21) Boleh mandi basah rambut selepas bersalin. 22) Boleh mandi basah rambut malam-malam. 23) Boleh bersenam malam-malam. 24) Boleh minum air kosong saja setiap hari tanpa apa-apa air manis. 25) Boleh hidup sihat tanpa produk sampah. 26) Boleh hidup sihat dengan pemakanan sihat tanpa tambahan pil supplemen yang tak diperlukan 27) Boleh cerdik pandai tanpa pil minda 28) Boleh kurus tanpa produk kurus. 29) Rahim uterus BOLEH KECUT SENDIRI selepas bersalin tanpa urut-urutan, tanpa bertunku, tanpa bengkung dan tanpa jamu. 30) Boleh lari full marathon selepas ada anak tanpa peranakan/rahim jatuh. 31) Boleh hidup sihat tanpa amalan pantang tradisional selepas bersalin yang tidak berkaitan dengan pantang dalan Islam. 32) Boleh hidup sihat tanpa amalan pantang tradisional selepas keguguran. 33) Boleh hidup sihat sehingga ke tua tanpa makan jamu. 34) Boleh guna kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan dari merancang sendiri-sendiri dan jumpa doktor dulu untuk berbincang kaedah yang paling sesuai untuk anda. 35) Boleh minum lebih dari dua gelas air sehari dalam pantang selepas bersalin. 36) Boleh buka puasa semasa hamil jika bimbangkan kesihatan ibu atau anak 37) Boleh buka puasa semasa menyusukan anak jika bimbangkan kesihatan ibu atau anak 38) Boleh minum air kelapa semasa hamil 39) Boleh minum air tebu semasa hamil 40) Boleh makan durian semasa hamil. 41) Boleh ikhtiar hamil tanpa semua produk yang dijual oleh makcik bawang 42) Boleh guna panty liner (sebagai panty liner) 43) Boleh guna panty liner semasa hamil tanpa bimbang tentang baby di dalam kandungan. 44) Boleh bersalin dengan lancar tanpa telan minyak kelapa dara. 45) Boleh mengait dan menjahit semasa kehamilan. 46) Boleh pakai tali pinggang keselematan di dalam kereta semasa hamil. 47) Boleh pegang kucing semasa hamil. 48) Boleh ambil depo provera lebih dari 2 tahun. 49) Boleh sembuhkan berbagai jenis kanser dengan perubatan moden. 50) Boleh mengurangkan risiko 13 jenis kanser dengan bersenam dengan kerap. 51) Boleh mencegah kanser pangkal rahim (cervical cancer) dengan HPV vaksin, membuat pap smear atau HPV test. 52) Boleh kurangkan risiko kanser usus dengan pemakanan sihat tinggi serat dan bersenam dengan kerap. 53) Boleh dapat cukup vitamin D dari cahaya matahari. 54) Boleh dapat cukup vitamin dan mineral dengan pemakanan sihat. 55) Boleh dapat herd immunity dan membasmi penyakit berjangkit jika rakyat berkerjasama mengikut program vaksin imunisasi kebangsaan. 56) Boleh mencegah penyakit diabetes, penyakit jantung dan strok dengan mempastikan anda tidak obese dan menghadkan pengambilan gula. 57) Boleh mencegah tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung dengan mempastikan anda tidak obese, bersenam dan menghadkan pengambilan garam. 58) Boleh jadi breast cancer survivor jika datang semasa kanser di peringkat awal untuk rawatan perubatan moden. 59) Boleh hidup sihat tanpa belanja macam-macam. 60) Boleh makan sayur-sayuran tanpa masalah ‘angin’ 61) Boleh makan buah-buahan tanpa masalah ‘sejuk’ 62) Boleh kata kepada penjual produk kesihatan overclaim, “Kami takmau tengok semua testimoni. Tunjuk kami kajian perubatan Randomised Controlled Trial.” 63) Boleh berusaha mendapat pemakanan sihat walaupun anda miskin. 64) Boleh berusaha menjadi cergas dan tambah aktiviti fizikal walaupun kekangan masa. 65) Boleh berusaha untuk berjaya. 66) Boleh rajin belajar menjadi pandai. 67) Boleh kurus dengan mengurangkan kalori dan bersenam. 68) Boleh membuat aduan secara rasmi kepada portal aduan hospital-hospital jika perkhidmatan tidak memuaskan anda. 69) Boleh mencegah nanah dengan memastikan kebersihan tangan sebelum menyentuh bahagian badan yang luka. 70) Boleh mengurangkan risiko breast cancer dengan exclusive breastfeeding. 71) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat jangkitan paru-paru sebanyak 4 kali ganda dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 72) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat jangkitan telinga dan kerongkong dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 73) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat asthma, ekzema, alahan kulit dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 74) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat sudden infant death syndrome dengan exclusive breastfeeding. 75) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat Diabetes dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 76) Boleh mengurangkan risiko anak mendapat penyakit leukaemia dengan exclusive breastfeeding 6 bulan. 77) Boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan berkhasiat untuk ibu yang menyusukan bayi. 78) Boleh mengawal Diabetes dengan pemakanan sihat, bersenam selalu dan memantau bacaan gula anda sendiri di rumah memastikannya selalu di dalam paras yang sihat. 79) Boleh mencegah kehamilan berisiko tinggi dengan memastikan anda sihat dan berat badan anda normal sebelum kehamilan. 80) Boleh mencegah janin mendapat kecacatan neural tube defect dengan mengambil tambahan pil folic acid supplement sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan teruskan mengambil pil folic acid semasa hamil sehingga sekurang-kurangnya 3 bulan pertama kehamilan. 81) Suami BOLEH tolong isteri buat kerja rumah. 82) Suami BOLEH tolong isteri menjaga anak. 83) Suami BOLEH berhenti merokok. 84) Suami BOLEH pakai kondom untuk merancang keluarga. 85) Boleh dapat cukup keperluan vitamin C dengan makan sebiji buah oren sehari atau satu gelas orange juice sehari atau SATU ULAS BUAH JAMBU sehari tanpa tambahan pil suplimen vitamin C. 86) Boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari sebagai milkbooster semulajadi untuk ibu yang menyusukan anak. 87) Boleh cantik menawan tanpa produk memutihkan kulit. 88) Boleh mencegah obesiti dan Diabetes di kalangan kanak-kanak dengan menggalakkan kehidupan cergas setiap hari. 89) Boleh menggunakan perkhidmatan doula selagi ada kehadiran bidan bertauliah atau doktor semasa bersalin untuk kelahiran yang selamat. 90) Boleh bersalin dengan bidan bertauliah tanpa kehadiran doktor. 91) Boleh pakai seluar selepas bersalin. 92) Boleh style rambut sesukahati selepas bersalin. 93) Bayi boleh sihat tanpa barut. 94) Boleh elakkan bayi perut kembung dan muntah dengan belajar teknik menggalakkan baby sendawa ‘baby burping’ setiap kali selepas menyusu, dan untuk setengah bayi perlu berhenti menyusu sebentar untuk sendawa sebelum menghabiskan penyusuan. 95) Boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pre-eclampsia), janin menjadi terlalu besar dan masalah bahu bayi tersekat semasa bersalin dengan memastikan Diabetes semasa kehamilan dikawal. 96) Boleh mengurangkan risiko kematian bayi dengan bersalin di Hospital. 97) Boleh mengurangkan risiko kematian ibu bersalin sebanyak 5 kali ganda dengan bersalin di hospital. 98) Boleh berjumpa doktor walaupun anda sihat untuk mendapatkan ujian saringan mencegah penyakit. 99) Boleh buat temujanji berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan tanpa bertanya di media sosial. 100) Boleh follow dan ikut nasihat semua pengamal kesihatan yang tidak menjual produk. 101) Boleh dapat nasihat yang terbaik untuk kesihatan melalui sosial media JIKA anda mengikuti Page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, Medical Mythbusters Malaysia, Masyarakat Kena Tahu (ori), Public Health Malaysia, Ini Sains Beb, dan pengamal kesihatan bertauliah yang tiada kepentingan diri sendiri atau melanggar etika dengan menjual produk atau mengiklankan produk. JANGAN MEROKOK JANGAN HISAP VAPE JANGAN MINUM ARAK JANGAN HISAP GANJA JANGAN MINUM AIR KETUM

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

wahhh betul la . sume amalan tak boleh tu sy langgar . sume nye okey