Kesan Kemurungan Waktu Mengandung

Suami dalam proses berkahwin lagi dan saya mengandung tanpa perancangan kami. Atas sebab turun naik perkahwinan dan banyak perkara yg saya korbankan, saya jadi hancur dengan berita ni di saat saya mengharapkan hubungan kami semakin baik selepas semua yg saya buat. Saya menangis hampir setiap hari, kadang2 berlarutan sepanjang seminggu dan terlalu payah untuk saya bertahan walaupun suami byk baiki hubungan kami dan jaga saya sebaiknya tapi mungkin saya dah tawar hati. Saya cuba kawal emosi sbb fikirkan kebaikan baby dlm kandungan tapi byk waktu saya rasa tertekan dan tak ada semangat. Sekarang kandungan masuk 16 minggu tapi baru scan, doktor kata kedudukan uri di bawah. Jika ada yg boleh bantu, macamana nak kurangkan bebanan emosi dan petua untuk naikkan semula uri sebelum 28 minggu#ingintahu #pleasehelp #uribawah #tertekan #StressedMom

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sujud sis..saat sujud adalah saat kita paling dekat dengan Allah. masa tu menangis lah..mengadulah..luahkan semuanya pada Allah. DIA maha mendengar. maha mengetahui segalanya. "Ya Allah,aku serahkan segalanya padaMU,untuk kau atur perjalanan hidup ku,kerana engkaulah sebaik² perancang hidup kami" sebelum tu,sis luahkan lah apa yg sis rasa. hati suami kita ni Allah yg pegang,ye sekarang dia dalam perancangan nak kawen lagi,tapi kita manusia hanya merancang sahaja. Allah yg menentukan segalanya. walau diaorg dah siap² nak nikah sekalipun,kalau Allah kata tak akan terjadi,maka tidak lah. jangan putus asa untuk terus meminta bantuan Allah. kerana hanya Allah yg mampu membantu menyelesaikan masalah sis ni. mintak DIA tunjukkan jalan. untuk naikkan uri,sujud lama siket masa solat. saya pun macam tu juga mula² dulu,doctor kata uri masih kat bawah. tapi doctor kata jangan risau,sbb biasanya nanti uri tu akan naik. saya doakan sis terus kuat,sabar dan redha ye. demi anak² dan anak dalam kandungan.Allah berikan ujian ni buat awak sbb awak mampu untuk lalui. doa mampu merubah takdir. jadi jangan putus asa untuk terus berdoa seikhlas hati. semoga Allah buka pintu hati suami sis,untuk terus setia pada yg satu..In Syaa Allah 🤲🏻❤️

Baca lagi
2y ago

Terima kasih atas pandangan dan tipsnya. Banyak cari tips tp tak ramai yg share ttg uri bawah waktu awal kandungan ni. Terima kasih ya sekali lagi

masa 14w sy g scan, doktor bgtau kedudukan uri sy dibawah... tp doktor pesan jangan risau sbb uri akan beralih bila ada pgerakan tulang lg... 20w nnt doktor akan tgk semula kedudukan uri... kwn² & kakak² sy pun ckp uri akan bergerak bila baby makin besar... In sya Allah ada masa lg sbb skrg baby agak kecil lg pergerakan dia agk lembut... sy doakan Allah mudahkan urusan sis & mperbaiki masalah keluarga sis... Allah takkan uji kita dgn sesuatu yg kita x mampu... semoga sis terus kuat kerana kandungan pun masih awal... bila kita bersedih bayi pun turut bersedih... Semoga ada jalan penyelesaian & saling berbincang... sis cuba tenangkan fikiran & hati yaa... Apapun berlaku, jgn buat keputusan saat marah @ sedih... Takut memakan diri... Terus kuat yaa... Yg pasti setiap masalah ada Jalan selesainya...

Baca lagi

Selalu sujud lama2 untuk naikkn uri...tp bila uri dah naik...jgn sujud lama2 lg ye... kebarangkalian turun semula... N lagi 1,cari bauan citrus untuk relax kan diri...standby buah limau purut dlm beg pun boleh, paling mudah... semoga urusan awak d permudahkan

16mggu tu tu masih awal,,..uri akan naik ke atas ikut pembesaran kandungan...sy sendiri pernah uri dekat bawah masa 28mggu,,bila scan 30mggu uri da naik atas.doktor sdri kata jgn risau uri akan naik sdri kt atas ikut pmbesran kdungan..

kalau checkup di kk, boleh minta nak buat dass dan refer ke mental health clinic..nnt Dr akan nilai sama ada perlu jumpa pakar, atau cukup dgn psychologist (clinical counsellor).. semoga Allah permudahkan segala urusan puan..

Harap sis tabah. Bg saya lebih mudah untuk sis move on bila sis kata "mungkin dah tawar hati". So, kekal positif. Cuba bahagiakan diri sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis.

2y ago

Terima kasih. Mungkin tawar hati sbb dah 4x beri peluang yg sama tapi macam sama je. Nampaknya sayalah yg puncanya. Tak dapat mengubah apa2. Sedang cuba enjoy pregnancy kali ni. Taknak sedih lagi mcm kandungan2 sebelum ni

VIP Member

Jgn fikir sangat sis.. fikir anak je.. move on je sabar dgn dugaan.. fikir yg baik2.. insyaallah ada benda baik yg menunggu kita nanti..

ya, sy alami anxiety n stress sbb kerja waktu pregnant dan menyebabkan baby sy xnaik berat, IUGR dan premature sbb fetal distress 😢

2y ago

Dah pernah jadi waktu kandungan sebelum ni. Nampaknya berulang lagi. Tak apalah. Cuba fokus kat diri sendiri dan baby ❤️ kesian dia

VIP Member

Sama kita uri bawah, tp doc ckp nothing to be worried, doa byk2, doc ckp makesure dlm masuk 32w uri dah naik,

Tabah atas segala ujian dgn kesabaran.