Kesan Kemurungan Waktu Mengandung

Suami dalam proses berkahwin lagi dan saya mengandung tanpa perancangan kami. Atas sebab turun naik perkahwinan dan banyak perkara yg saya korbankan, saya jadi hancur dengan berita ni di saat saya mengharapkan hubungan kami semakin baik selepas semua yg saya buat. Saya menangis hampir setiap hari, kadang2 berlarutan sepanjang seminggu dan terlalu payah untuk saya bertahan walaupun suami byk baiki hubungan kami dan jaga saya sebaiknya tapi mungkin saya dah tawar hati. Saya cuba kawal emosi sbb fikirkan kebaikan baby dlm kandungan tapi byk waktu saya rasa tertekan dan tak ada semangat. Sekarang kandungan masuk 16 minggu tapi baru scan, doktor kata kedudukan uri di bawah. Jika ada yg boleh bantu, macamana nak kurangkan bebanan emosi dan petua untuk naikkan semula uri sebelum 28 minggu#ingintahu #pleasehelp #uribawah #tertekan #StressedMom

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sujud sis..saat sujud adalah saat kita paling dekat dengan Allah. masa tu menangis lah..mengadulah..luahkan semuanya pada Allah. DIA maha mendengar. maha mengetahui segalanya. "Ya Allah,aku serahkan segalanya padaMU,untuk kau atur perjalanan hidup ku,kerana engkaulah sebaik² perancang hidup kami" sebelum tu,sis luahkan lah apa yg sis rasa. hati suami kita ni Allah yg pegang,ye sekarang dia dalam perancangan nak kawen lagi,tapi kita manusia hanya merancang sahaja. Allah yg menentukan segalanya. walau diaorg dah siap² nak nikah sekalipun,kalau Allah kata tak akan terjadi,maka tidak lah. jangan putus asa untuk terus meminta bantuan Allah. kerana hanya Allah yg mampu membantu menyelesaikan masalah sis ni. mintak DIA tunjukkan jalan. untuk naikkan uri,sujud lama siket masa solat. saya pun macam tu juga mula² dulu,doctor kata uri masih kat bawah. tapi doctor kata jangan risau,sbb biasanya nanti uri tu akan naik. saya doakan sis terus kuat,sabar dan redha ye. demi anak² dan anak dalam kandungan.Allah berikan ujian ni buat awak sbb awak mampu untuk lalui. doa mampu merubah takdir. jadi jangan putus asa untuk terus berdoa seikhlas hati. semoga Allah buka pintu hati suami sis,untuk terus setia pada yg satu..In Syaa Allah 🤲🏻❤️

Baca lagi
2y ago

Terima kasih atas pandangan dan tipsnya. Banyak cari tips tp tak ramai yg share ttg uri bawah waktu awal kandungan ni. Terima kasih ya sekali lagi